AMALAN bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seseorang. Amalan tersebut merupakan lambang hati budi kita yang ingin membantu orang lainyang dalam kesusahan serta lambang kasih sayang sesama manusia. Ingatlah, tiada siapa yang jatuh miskin kerana bersedekah!! : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan sedekah:

https://kitareporters.com/search?search=sedekah


Baru-baru ini penceramah bebas, Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks Masjid Bandar Tasik Kesuma (Kombat), Beranang, Prof Dr. Muhd Najib Abdul Kadir yang berkongsi kemuliaan seorang penyumbang yang sanggup menyerahkan sumbangan sebanyak RM200,000 untuk projek pembinaan kompleks berkenaan.

Lebih mengejutkan wang yang disumbangkan itu merupakan duit gratuiti yang diperolehi selepas tamat perkhidmatan.

Allahu…mulianya hati si penderma!!

Pada saat individu bimbang dengan kesukaran untuk meneruskan kehidupan berikutan keadaan dunia hari ini yang ‘diserang’ Covid-19 menyebabkan ramai yang terjejas kehidupan, namun ada lagi yang berhati mulia dan sanggup bersedekah.




Malah, Prof Najib yang menjadi perantaraan untuk menerima sumbangan itu berkata beliau menitiskan air mata ketika penyumbang wanita berkenaan yang merupakan seorang pesara guru datang menyerahkan sumbangan berkenaan yang merupakan penyumbang terbesar buat masa ini.

Sumbangan berkenaan diserahkan pada pertengahan September 2020.

Subhanallah! 

Terdahulu, pesara guru berkenaan merupakan penyumbang setia dan telah menyumbang sebanyak RM10,000.

Malah pesara berkenaan mendedahkan dia telah menyerahkah 100 peratus wang ‘hadiah’ yang diperoleh untuk diinfakkan ke jalan Allah.

Hebatnya Insan ini! 



Ternyata, perkongsian berkenaan membuatkan ramai terkejut dengan kemuliaan dan kesanggupan penderma berkenaan utuk bersedekah.

Pembinaan Kompleks Kombat bakal memuatkan lebih 3,000 jemaah dan menyediakan fasiliti bersekutu kepada jemaah Bandar Tasik Kesuma dan penduduk Beranang. Namun sehingga kini, jumlah dana yang terkumpul masih tidak mampu menampung kos pembinaan Kombat berkenaan.

Jadi marilah kita merebut peluang ini dan bersama kita mendirikan masjid sebagai satu fisabilillah dan kumpul pahala akhirat. Semoga amalan sedekah yang kita hulurkan mendapat ganjaran.

Setiap Mukmin perlu yakin amalan bersedekah memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa sekiranya ia sentiasa diamalkan dalam hidup mereka. Malah janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Untuk menyumbang secara online, boleh dibuat kepada Tabung Wakaf  https://www.masjidkesuma.com.my/ atau ke akaun Kompleks Masjid Bandar Tasik Kesuma (Kombat) di Bank Islam: 12195010010764, Maybank: 562526519656 dan Bank CIMB: 8603900940. - KitaReporters


11
1
0
0
0

Copy Link: