DIBANTU oleh bidan ketika melangkah ke perahu dan merasakan sudah tiba masa untuk bersalin. - Kredit Foto grid.id


TAHUN 2020 lalu pasangan di India menamakan anak kembar mereka dengan nama Corona dan Covid sempena kedatangan ‘tetamu yang tidak diundang’ itu. Malah ibunya berharap nama yang diberikan itu menjadi kenangan kepadanya yang menghadapi kesukaran ketika mahu bersalin kerana India dan seluruh dunia bergelut dengan wabak virus itu. 

Hari ini, dunia sekali lagi menerima kejutan apabila pasangan di Indonesia pula menamakan anak mereka dengan nama Siti Noor Banjiriah sempena kejadian banjir besar melanda Kalimantan Selatan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan nama:

WAHAI DUNIA! PERKENALKAN.. INI CORONA, COVID - KitaReporters

Sebagai ingatan! Anak gajah dan zirafah diberi nama Corona! - KitaReporters

BAPA BERI NAMA ANAK SEMPENA TAUFAN BULBUL - KitaReporters


SELAMAT dilahirkan walaupun berada di atas perahu selepas rumahnya di Banjar, kalimantan Selatan dinaiki banjir.


Memetik laporan portal tribunnews.com, ibu muda dari Desa Lokbaintan, Sungai Tabuk, Banjar itu selamat melahirkan bayi comel seberat 3.3 kilogram pada Rabu 20 Januari 2021 dalam perahu ketika mahu berpindah ke pusat perlindungan selepas rumahnya dinaiki air.

"Alhamdulillah saya dan bayi yang lahir normal dalam keadaan sehat.

 “Oleh itu bersempena dengan tempat lahir anaknya dalam perahu, bayi perempuan berkenaan diberi nama yang ‘unik’ iaitu Siti Noor Banjiriah,” kongsi  ibu muda yang dikenali Ernawati.



Pada awalnya, dia sudah merasai tidak selesa dan mahu ke hospital kerana merasa sudah tiba untuk bersalin.

Namun disebabkan jalan darat sudah tidak boleh digunakan, dia terpaksa menggunakan perahu sebagai alternatif.

Malah ketika itu rumahnya sudah dinaiki air pada paras pinggang menyebabkan keadaan menjadi semakin panik.

Katanya lagi, sebaik saja melangkah ke atas perahu dia sudah tidak dapat menahan kesakitan dan merasakan bayinya sudah hendak keluar.



Bagaimanapun dia bersyukur ketika saat getir itu dia dibantu oleh dua orang bidan yang juga penduduk di kampungnya.

Akhirnya tanpa melengahkan masa, dua orang bidan itu terus menolongnya untuk proses bersalin di atas perahu yang mereka naiki tersebut.

Semoga Siti Noor Banjiriah membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh yang dapat memuliakan ibu dan ayahmu suatu hari nanti! - KitaReporters

6
2
0
2
0

Copy Link: