SEJAK akhir-akhir ini golongan artis sering menjadi tempat pihak dan individu tertentu yang menghantar mesej peribadi dalam akaun media sosial memohon bantuan kewangan. Mereka menyangka semua golongan artis hidup senang-lenang memandangkan gaya hidup popular golongan berkenaan. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan penipuan:

https://kitareporters.com/search?search=penipuan


Sedangkan, tidak semua artis kaya kerana ada juga segelintir yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang apatah lagi dalam musim COVID-19 ini.

Seandainya benar-benar susah dan mahu meminta bantuan daripada golongan artis, bukan dengan cara menghantar mesej peribadi ke akaun media sosial mereka.

Bukannya artis kedekut tetapi sudah pasti mereka juga perlu berhati-hati agar tidak terpedaya dengan sindiket penipuan. Bayangkan kalau ada penipu yang menyamar menjadi orang susah, tak pasal-pasal artis menjadi mangsa.

Salah seorang artis popular yang menerima mesej daripada individu yang mengaku orang susah dan meminta bantuan kewangan ialah Sheila Hassan atau lebih dikenali sebagai Sheila Mambo.

Tegas Sheila, dia bukan tidak mahu membantu tetapi khuatir menjadi mangsa penipuan. 


Berkongsi tangkap layar mesej yang diterimanya, tegas Sheila perkara ini dilihat semakin menjadi-jadi dan ramai rakan seninya turut terkena.



Pelbagai alasan diberikan untuk meminta bantuan kewangan. Pelbagai alasan digunakan untuk meraih simpati. 

Menurut Sheila, dia bukan mahu merendah-rendahkan golongan seperti ini, tetapi dia juga bukanlah orang senang.

Lagipun ada dalam kalangan individu ini yang menggunakan akaun media sosial palsu dan baru dibuka.

“Assalamualaikum. Sejak kebelakangan ini, ramai yang DM (mesej langsung) saya dengan mohon bantuan kewangan. Ada yang bagi alasan untuk emak, ayah, anak dan macam-macam. Ada yang akaun Instagram (IG) private dan ada yang gambar-gambar baru dimuat naik seperti baru buka akaun.

“Mungkin saya atau page saya seperti kaunter biro bantuan awam atau pusat zakat. Malah ramai artis yang turut terjebak dengan hal sebegini. Mereka DM dan minta wang.

“Saya bukan nak pelecehkan mereka semua, kita ada kehidupan masing-masing, ada antara kami juga bukan senang. Ada yang sudah lama tiada tawaran kerja dan ada yang masih berhutang. Ada yang ada job  tapi kena tanggung keluarga. 

"Bagi saya ini bukan cara saya untuk membantu. Saya lebih suka waima RM1.00 saya bagi depan mata atau masukkan dalam tabung masjid,” tulisnya dalam Instagram.


Selain itu juga, Sheila menegaskan seandainya dia membantu, dia akan rasa tertipu dan menggalakkan individu terbabit menjadi malas serta terus bergantung kepada bantuan orang ramai.

“Jika saya bantu mereka yang berselindung di sebalik akaun ini, saya rasa tertipu malah saya hanya menggalakkan mereka jadi pemalas, penipuan berterusan dengan hanya bermodalkan ayat-ayat simpati.

“Ingat kepada yang terlibat, perbuatan kadang-kadang tidak menghalalkan cara. Secara logiknya anda mampu kerana mempunyai telefon, mampu beli kad tambah nilai dan Internet untuk online sepanjang masa.


“Daripada membazir begitu sahaja, baik simpan duit guna untuk belanja. Saya pun bukan orang senang, malah pernah berhutang dengan kawan pada waktu susah. Saya mohon maaf kalau saya tak dapat bantu.

“Saya mungkin salah, tapi saya tak berapa suka cara awak semua. Ingat, sembunyilah apa pun, sorok atau menipu, Allah Maha Tahu. Saya doakan semoga korang semua dirahmati Allah selalu.

“Kami sudah buat laporan polis. Polis minta nombor akaun bank pihak tersebut kerana daripada situ polis dapat kesan. Jangan sampai kena tangkap duduk dalam lokap, makan percuma terus!” tegas Sheila.


Sementara itu, seorang netizen menjelaskan dia juga pernah terkena dan menerima mesej seperti itu.


Justeru, buat pihak dan individu yang suka mengambil kesempatan, hentikanlah taktik kotor tersebut. Sekiranya pihak terbabit benar-benar dalam kesusahan, bukan begitu cara untuk meminta bantuan.

Mintalah bantuan dengan cara dan saluran yang betul. Kita ada pusat zakat dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meminta bantuan. - KitaReporters

 

2
0
1
2
2

Copy Link: