Demi tradisi keluarga suka nama unik! Bapa namakan anak lelaki HTML! Simbolik kerjaya si ayah!

Published by
KitaReporters

HTML dilahirkan sihat dengan berat 2.25kgdi Hospital Bulacan Medical Mission Group Cooperative, Filipina. - Kredit foto: sportsgrindentertainment.com


PEMBERIAN nama kepada anak yang baharu dilahirkan sangat penting selain sebagai panggilan harian namun ia membawa pengertian terhadap maksud nama berkenaan. Malah pemberian nama yang cantik juga boleh mempengaruhi personaliti si kecil itu nanti.

Di Manila, seorang bapa menamakan anak lelaki yang dilahirkan dengan nama HTML atau nama penuhnya Hypertext Mark-up Language sebagai simbolik kepada kerjayanya iaitu seorang pereka web.

Sangat luar biasa kan? Tapi itulah realitinya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan anak


HTML dilahirkan sihat dengan berat 2.25 kilogram di Hospital Bulacan Medical Mission Group Cooperative, dekat Quezon City di Filipina. 

Bapa kanak-kanak bertuah itu Mac Pascual berkata, peletakan nama unik kepada anaknya adalah kesinambungan dalam keluarganya.

Malah namanya sendiri Mac juga mempunyai makna tersendiri iaitu Macaroni 85, manakala adiknya dinamakan Spaghetti 88 dan nombor di hujung nama itu mewakili tahun mereka dilahirkan.


Mac Pascual meriba si kecil HTML dan mahu teruskan kesinmabungan keluarga dengan nama unik dan lain daripada biasa. Facebook Salie Rayo


“Jadi saya mahu teruskan tradisi keluarga dengan menamakan anak dengan nama yang luar biasanya,”ujarnya seperti dipetik oleh dailymail.co.uk

Sementara itu Spaghetti 88 atau dipanggil Salie memuat naik gambar HTML dalam Facebook miliknya baru-baru ini sebelum menjadi tular.

Lagi melucukan Sallie juga menamakan anak dengan nama unik dan luar biasa iaitu Cheese Pimiento dan Parmesan Cheese iaitu singkatan.

Walaupun namanya luar biasa semoga kehadiran HTML menjadi penyeri keluarga kecil itu dan membesar sebagai anak yang boleh berjasa kepada kedua-dua orang tua! - KitaReporters

Kredit foto: FB Mac Eightyfive Pascual

3
1
0
0
0

Copy Link: