Solat Jumaat di Terengganu 22 Mei! Tak boleh lebih 40 orang!
Published byKEBENARAN mengadakan aktiviti keagamaan membabitkan solat Jumaat di negeri Terengganu hanya diberikan kepada masjid dan surau terpilih sahaja pada sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penularan wabak COVID-19 yang belum tamat sepenuhnya di negeri ini. : KitaReporters
Masjid Kayu Ulul Albab di Jertih, Terengganu
Setelah mengambil kira dan mempertimbangkan pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang pada kali Ke-4 pada 12 Mei 2020, maka Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) membenarkan umat Islam negeri ini mengerjakan solat Jumaat bermula 22 Mei 2020.
Kebenaran itu hanya terpakai untuk solat Jumaat sahaja manakala solat
sunat Aidilfitri masih tidak dibenarkan.
Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Osman Muda
Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Osman Muda berkata, keputusan membenarkan aktiviti itu mengambil kira keperluan mendirikan syiar Islam dalam kalangan masyarakat ketika penularan wabak COVID-19 yang sudah menjangkau hampIr dua bulan.
“Menjunjung titah
perintah dan perkenan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan
Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Mahhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah selaku
Ketua Agama Islam Negeri Terengganu aktiviti keagamaan solat Jumaat
diperkenankan baginda,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat, 15 Mei
2020.
Bagaimanapun, katanya
kebenaran berkenaan dengan syarat
bilangan ahli Jemaah yang akan melaksanakan solat Jumaat hendaklah tidak
melebihi 40 orang.
Katanya, menerusi
kebenaran itu juga hanya satu masjid untuk satu daerah sahaja dibenarkan
beroperasi sepanjang tempoh PKPB.
Beliau berkata,
Pegawai Agama Daerah bertanggungjawab dalam mengenal pasti Jemaah yang akan hadir solat berkenaan dengan
buku catatan untuk merekodkan butiran ahli Jemaah.
Masjid Putih (Masjid Zainal Abidin) Masjjid Negeri di Kuala Terengganu
Osman berkata, setiap Jemaah yang diizinkan hadir hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tanagan dan merekodkan kehadiran dalam buku kehadiran.
“Indvidu yang berumur 60 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir,” menurut kenyataan itu
Selain itu,katanya, mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selsema juga tidak dibenarkan hadir.
Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu
Katanya, mereka yang mempunyai sejarah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit barah termasuk dalam syarat berkenaan.
“Khutbah hendaklah
ditumpukan kepada rukun sahaja dengan mengambil kira tidak lebih daripada tujuh
minit untuk kedua-dua khutbah.
Dalam perkembangan lain, sembahyang fardu lima waktu secara berjemaah di dalam masjid dibenarkan tiga orang yang hanya membabitkan ahli Jawatankuasa masjid, dan pegawai masjid secara bergilir-gilir dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan
Masjid paling unilk di Terengganu, Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jertih.
Menurut kenyaataan itu, Sultan Terengganu berharap semua rakyat negeri ini dapat bersabar dan memperbanyakkan berdoa, lebih-lebih lagi menjelang hari-hari terakhir Ramadan supaya Allah mengangkat wabak COVID-19. - KitaReporters