Betul ke muda-muda tak boleh dapat kencing manis? Ini pesan mak-mak yang perlu diambil perhatian!

Published by
KitaReporters


Muda-muda lagi sudah ada kencing manis atau diabetis. Adakah silap ibu bapa yang tidak pandai mendidik anak-anak? 

Apabila anak-anak memakan makanan manis, ada ibu bapa atau masyarakat berfikiran, alah biasalah budak-budak kecil. Takkan kecil-kecil lagi akan kena kencing manis.

Ketika kecillah anak-anak perlu dididik menjauhi makanan manis agar tidak menjadi kebiasaan sehingga dewasa. Jangan sesekali beranggapan kanak-kanak tidak boleh terkena kencing manis.

Lihat sahaja kes yang tular di mana seorang pemuda berusia 21 tahun kehilangan sebelah kaki kerana terpaksa dipotong oleh doktor akibat kencing manis. Bayangkan, baru berusia 21 tahun sudah ada kencing manis yang kronik.


Kisah pemuda ini boleh dijadikan pengajaran buat ibu bapa agar mengawal pemakanan anak-anak.


Menurut cerita yang tular ini, gara-gara sering mengambil minuman manis berkarbonat setiap kali pulang dari sekolah dia terkena kencing manis.

Kini segala aktiviti hariannya terbatas dan dia juga terpaksa memakai kaki palsu. Kisah pemuda ini boleh dijadikan pengajaran terutamanya buat ibu bapa.

Jangan ajar anak-anak meminum air berkarbonat kerana ia mengandungi kandungan gula yang tinggi.


Menurut seorang guru dan juga ibu kepada empat orang anak, Norfazni Aznira Jamaludin, 38, dia sering mendidik anak-anaknya agar menjauhi makanan dan minuma manis. 

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, prinsip itu dipegang utuh agar masa depan anak-anaknya terhindar daripada penyakit kronik tersebut.


Selain dirinya, suami juga tegas mendidik anak-anak agar tidaK mengambil makanan manis.


Menurutnya dia mengamalkan lima cara untuk memastikan anak-anaknya menjauhi makanan manis.

1. Penuhkan peti dengan buah-buahan sebagai jajan atau kudapan anak-anak.

2. Sentiasa bekalkan air masak untuk elakkan membeli minuman manis.

3. Masak sendiri di rumah untuk mengawal pengambilan gula berlebihan.

4. Ibu bapa tidak makan makanan/minuman manis depan anak-anak.

5. Elakkan makanan/minuman manis berada di dalam rumah dengan tidak membeli barang-barang tersebut sebagai stok makanan atau minuman.


Sering membawa bekalan air masak ketika berada di luar bersama anak-anak.


Manakala menurut seorang lagi wanita anak empat yang juga suri rumah, Nazratul Najwa Nasaruddin, 32, dia juga bimbang melihat peningkatan kes kencing manis yang dihidapi golongan muda.

Justeru, tidak mahu melihat anak-anak menjadi salah seorang yang termasuk dalam senarai pesakit kencing manis, dia menitikberatkan pengambilan makanan dan gaya hidup yang sihat untuk anak-anaknya.


Najwa mendidik anak-anak agar mengambil makanan alami dan berkhasiat.


1. Banyakkan minum air putih iaitu dengan membawa bekalan air putih ke mana-mana termasuk ketika makan di kedai makan.

2. Bekalan makanan berkhasiat. Seboleh-bolehnya sediakan makanan yang berkhasiat lagi menyihatkan sebagai bekalan anak ke sekolah. Amalan ini penting bagi mengelakkan anak membeli makanan merapu yang banyak dijual.

3. Elakkan makanan segera. Banyakkan makanan yang Allah SWT cipta (alami) berbanding yang manusia cipta. Elak makanan terproses. Bagi sesetengah keluarga, makanan segera umpama makanan ruji mereka. Alasannya mudah dan cepat. Tabiat inilah perlu dibuang agar pemakanan anak lebih terjaga daripada makan makanan yang manis, tidak berkhasiat dan agar mereka juga tidak obesiti.

4. Pelbagaikan makanan anak. Bagi kanak-kanak yang terlalu memilih makan dan hanya memakan sesetengah jenis makanan sahaja, ibu bapanya perlulah kreatif agar anak dapat makan makanan yang seimbang. Sebagai contoh, sekiranya anak anda tidak makan sayur, hancurkan sayur tersebut dan masukkan ke dalam hidangan yang digemarinya. Begitu jugalah jika anak tidak sukakan makanan berprotein,‘sorok’lah ikan atau daging dalam makanan kegemaran mereka.

5. Role model. Anak akan ikut tabiat makan mak bapak. Kalau mak bapak tak makan sayur, jangan harap anak boleh makan sayur. Sebenarnya cara mudah nak jaga pemakanan adalah kita makan apa yang anak makan. Yelah, kita biasanya akan sediakan makanan sihat untuk anak. Jadi, ikutlah diet anak walaupun anak kita tu hanya seorang kanak-kanak. Cuma kita makan portion yang lebih besar.

Sama-samalah kita mendidik anak-anak kita agar menjauhkan diri daripada memakan makanan manis demi masa depan generasi akan datang. - KitaReporters


Sering membawa keluarganya beriadah agar peluh dapat dikeluarkan.

17
12
0
6
0

Copy Link: