.


Kebelakangan ini kegiatan membuat konten atau kandungan menjadi minat sebahagian masyarakat dan dimuat dalam media sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram dan sebagai.

Ini kerana kandungan yang dihantar boleh mendapat bayaran daripada media sosial bergantung kepada jumlah tontonan.

Ini menyebabkan terdapat kumpulan atau individu yang sanggup melakukan perkara yang kurang wajar atau kurang ajar semata-mata untuk mendapatkan tontonan tinggi.



Terbaharu, tiga lelaki di Bandung, Jawa Barat sanggup memaksa seorang kanak-kanak sindrom Down untuk makan daging musang demi membuat konten.

Masing-masing mempunyai peranan. Lelaki yang dikenali sebagai R menjadi perakam video, lelaki W mengucapkan kata-kata menghina dalam video dan lelaki J yang memposting video ke media sosial.

Hantaran bermula dari TikTok dan kemudian pantas diulang siar dalam beberapa laman sosial lain dan menjadi tular sejak Ahad, 15 Disember 2024.

Video berdurasi 15 saat itu memperlihat seorang kanak-kanak lelaki sedang makan daging musang. Suara tawa yang terdengar dalam video itu menghina kanak-kanak tersebut.



Video itu dikesan oleh anggota keluarga kanak-kanak itu.

Menurut laporan jabarekspres.com, wanita bernama Risma Evita, mengesahkan kanak-kanak lelaki dalam video itu adalah adiknya. 

Setelah video itu tular, dia membuat laporan ke Balai Polis Katapang, Bandung pada Ahad, 15 Disember 2024.




Menurut Ketua Polis Daerah Bandung, Kusworo Wibowo, pihak polis bertindak pantas untuk menahan ketiga-tiga lelaki itu setelah menerima laporan. 

Menurut Kusworo, ketiga-tiga tertuduh didakwa dalam Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik (UU ITE) dan jika didapati bersalah boleh dipenjara sehingga enam tahun dan didenda sehingga Rp1 milyar (kira-kira RM300 ribu).  - KitaReporters


KUSWORO WIBOWO memberi penerangan kepada petugas media. - Foto: ANTARA

6
9
0
9
0

Copy Link: