Video| Kenali Superman Jawa! Suradi Samson mudah pikul motosikal rosak naik bukit! Berat 100kg tu!

Published by
KitaReporters


Di wilayah Desa Gerlang, Kecamatan Blado, Kabupaten Batang, Jawa Tengah terdapat seorang lelaki yang dikatakan mempunyai tenaga ‘luar biasa’ laksana seorang Badang atau cerita lagenda Samson dan Delilah. Pekerjaan sehariannya ialah memetik dan mengangkut buah kentang. 

Bagi mencari rezeki dia perlu membawa turun sekurang-kurangnya 20 guni ubi kentang yang beratnya 50 ke 75 kilogram setiap satu. Ini menjadikan turun naik banjaran bukit itu sebagai rutin hariannya.

Badannya yang ‘fit’ menyebabkan lelaki yang dikenali sebagai Suradi, yang berusia 27 tahun, diberi nama jolokan iaitu Samson atau Mas Samson .




Ketekunannya membawa guni guni kentang dari atas bukit ke jalan di bawah sudah menjadi kebiasan bagi penduduk setempat.

Namun Mas Samson menjadi tular apabila video dia mengangkat sebuah motosikal kapcai automatik 100cc turun ke jalan raya sejauh kira-kira 300 meter pada Ahad  25 Ogos 2024 lalu dimuat naik oleh seorang netizan dan kemudian tular. 

Ia berpunca seorang lelaki yang melalui jalan berbukit itu mengalami rosak brek motosikalnya sehingga menyebabkan lelaki dan motor itu terbabas ke sebuah ladang ubi kentang.



Kebetulan Mas Samson berada tidak jauh dari tempat kejadian. Si lelaki cuma tercedera sikit tetapi tidak larat untuk membawa motornya turun ke tepi jalan raya. 

Atas sifat prihatin, Mas Samson sudi membantu memikul motor itu yang jauh lebih berat berbanding memikul guni ubi kentang selama ini dikuti beberapa pemungut ubi kentang dan tuan punya motor.

Sementara penunggang motor itu mengikut dari belakang dan mengucap terima kasih setelah sampai ke jalan raya.

Nama Mas Samson kini tular apabila kekuatannya memikul motor itu turut dimuat naik sejumlah media sosial, media cetak dan media elektronik. - KitaReporters

19
7
0
12
0

Copy Link: