Video| Rezeki terpijak! Dulu pesawah miskin, kini jutawan! RM4.8j jual tanah untuk dibuat jalan tol!
Published bySetiap insan mempunyai impian untuk memperoleh jumlah wang yang banyak. Yang miskin bercita-cita jadi kaya, sementara yang sudah kaya ingin meningkatkan kekayaan sehingga menjadi jutawan.
Ramai yang gagal dalam cita-cita sedemikian, malah jadi sebaliknya. Rezeki adalah rahsia Tuhan. Orang miskin boleh jadi kaya sekelip mata bukan lagi cerita donggeng. Tapi bukan kerana loteri.
Ia dibuktikan petani bernama Widodo Guritno di Desa Tampirkulon, Kecamatan Candimulyo, Magelang, Jawa Tengah.
Rezeki terpijak itu diperoleh hasil bayaran pampasan untuk projek lebuh raya bertol Jogja-Bawen di wilayah Magelang.
Ini kerana projek itu membabitkan dua bidang sawah miliknya seluas 515 meter persegi dan 5.179 meter persegi yang dianggar bernilai Rp17.6 milyar (bilion dalam bahasa Melayu) atau (kira-kira RM4.8 juta).
Jalan tol dibina untuk keselesaan penduduk dengan membayar pampasan kepada pemilik tanah terlibat.
Dua abangnya sudah meninggal. Dan Widodo anak bongsu. Jadi sawah itu ditukar milik geran kepada Widodo sejak beberapa tahun lalu.
Pendapatan adik beradik yang bekerja di bandar jauh lebih baik daripada Widodo yang cuma mengusahakan sawah.
Para awalnya Widodo keberatan untuk menjual sawahnya, namun atas kepentingan ramai untuk laluan tol itu akhirnya dia bersetuju dengan penduduk-penduduk lain.
Widodo tetap tidak melupakan abang-abang yang masih hidup. Dia bercadang untuk memberi sebahagian hasil pampasan kepada mereka. Sementara Widodo bercadang untuk membeli sejumlah sawah untuk diusaha di samping membeli kereta dan jentera membajak.