Video| Subhanallah! Allahuakhbar! Kalimah Allah tertera pada daging lembu korban! Gemparkan penduduk!
Published byPenyembelihan haiwan korban dilakukan selama empat hari iaitu pada Hari Nahar (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyrik (11 hingga 13 Zulhijjah) meliputi malam ke-11, 12 dan 13 haribulan.
Namun peristiwa yang terjadi pada hari pertama korban pada 17 Jun 2024 di Palembang, Sumatera Selatan benar-benar menunjukkan kebesaran Allah SWT.
Kisah bermula apabila seorang lelaki bernama Haji Bulhasan melakukan ibadah korban seekor lembu untuk dirinya, ibu bapanya, anak-anak dan cucunya cukup untuk tujuh bahagian.
Majlis penyembelihan bermula selepas solat Hari Raya Aidiladha dengan dibantu oleh ahli keluarga dan sejumlah penduduk setempat di Lorong Karang Anyar, Plaju.
Penyembelihan berjalan lancar, namun kejutan berlaku ketika proses memotong daging menjadi potongan kecil untuk dibahagikan. Salah seorang petugas tergamam melihat sepotong daging yang dihirisnya terlihat jelas kalimah Allah dalam tulisan jawi.
Bulhasan yang melihat kalimah itu melarang bahagian daging lembu itu disedekah, sebaliknya mengarahkan ia di simpan dalam peti sejuk.
Bulhasan melakukan ibadat korban hampir setiap tahun namun penemuan kalimah Allah pada daging korban itu adalah pertama kali baginya. Baginya ia merupakan tanda keberkahan dan kebesaran Sang Illahi.
Lembu itu dibeli di Ogan Ilir, Palembang dengan berat kira-kira 200 kg.