INILAH rezeki Allah siapa sangka hanya bermula dengan kerja-kerja kebajikan secara sukarela selama ini, akhirnya keikhlasan yang dibuat seperti dibayar! 

Siapa sangka semalam Rabu. 24 Ogos 2022, Abang Viva kini sebaris VIP-VIP lain bersama di Balai Istiadat Seri Negeri menerima pingat daripada Yang Dipertua Negeri Melaka.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Abang Viva


Bagi Abang Viva atau nama sebenar Azwan Omar,dia sendiri seakan tidak percaya dengan apa yang dimiliki hari ini malah merasakan penghargaan yang diterima seperti mimpi.

Azwan antara 30 orang  yang hadir ke Balai Istiadat Seri Negeri selepas namanya tersenarai dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Melaka pada 24 Ogos 2022. 

Pemberian darjah kebesaran kepada Abang Viva itu sempena  Hari Ulang Tahun ke-73 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam. 



Berkongsi momen indah dalam laman Facebook miliknya, Abang Viva yang diiringi ibunya, Norbibah Hashim, meluahkan rasa syukur di atas kurniaan TYT tersebut. 

Mengakui sama-sekali tidak menyangka akan mendapat perhargaan sebegini, Abang Viva yang juga anak jati Alor Gajah, Melaka bagaimanapun berjanji akan memikul amanah yang telah diberikan oleh orang ramai kepadanya.

“Alhamdullilah. Tak pernah termimpi untuk dapat penghargaan setinggi ni. Saya tak layak untuk terimanya kerana tiada apa yang saya buat untuk diangkat sampai macam ini.”

“Jutaan terima kasih kepada Pejabat TYT Yang Dipertua Negeri Melaka. Terima kasih kerajaan Negeri Melaka.

“Insya-Allah saya akan pikul amanah yang diberi oleh semua orang sebaiknya. Doakan saya,” tulisnya di Facebook.



Azwan mulai dikenali selepas kesungguhan dirinya yang nekad membantu mangsa banjir di Shah Alam pada Disember 2021. 

Perjalanan dalam membantu misi banjir dilakukan secara sendiri dengan menggunakan kereta Perodua Viva membawa sebuat bot getah di atas bumbung keretanya.

Ketika menyertai misi berkenaan dia hanya berbekalkan wang tunai sebanyak RM50 iaitu RM20 digunakan untuk mengisi minyak kereta manakala RM30 lagi bagi membeli makanan buat mengalas perut.

Bagaimanapun, berkat keikhlasan yang dihulurkan membuatkan dia semakin dikenali. Lebih membahagiakan apabila menerima pelbagai hadiah sebagai menghargai jasanya membantu mangsa-mangsa banjir.

Pada Julai 2022 lalu dia diberi peluang menyertai kursus menjalani Kursus Asas Pertahanan Awam di Ayer Keroh selama tiga hari di Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka sekali gus memberi keyakinan untuk terus berbakti kepada masyarakat.

Tahniah Abang Viva!! Inilah contohnya bila Allah angkat darjat hambanya. Semoga Abang Viva terus berbakti untuk mereka yang memerlukan. - KitaReporters


10
12
0
17
0

Copy Link: