Video| Sedih sangat! Teresak-esak nangis hayati cerita Upin & Ipin! Aksi anak kecil tarik perhatian!
Published bySebut sahaja Upin & Ipin, boleh dikatakan semua anak-anak kecil tahu mengenai siri kartun popular itu. Malah, orang dewasa juga turut menjadi penonton setia. Lebih membanggakan, Upin & Ipin bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi juga di Indonesia. Di sana, lagi dahsyat penerimaan terhadap siri kartun Upin & Ipin ini.
Upin & Ipin mengisahkan gelagat dua orang anak kembar yatim piatu bernama Upin dan Ipin bersama Opah, Kak Rose dan rakan-rakannya. Kisah mereka begitu dekat dengan hati penonton. Jadi, tidak hairanlah ia menjadi siri kartun kegemaran ramai.
Namun, gelagat seorang anak kecil yang merupakan peminat setia siri kartun ini menarik perhatian ramai.
Seorang pengguna TikTok bernama Zam Dragon yang merupakan bapa saudara anak kecil tersebut berkongsi aksi comel dan lucu anak saudaranya ketika menonton Upin & Ipin.
Dalam video yang dikongsi, kelihatan seorang anak kecil menangis teresak-esak saat menonton Upin & Ipin. Bayangkan, anak sekecil itu sudah pandai bermain dengan emosi saat menonton Upin & Ipin.
Apa yang membuatkan anak kecil itu menangis adalah kerana episod yang ditontonnya itu mengisahkan detik-detik watak bernama Tok Wan mahu masuk hospital kerana masalah kesihatan.
“Anak nakan (anak saudara) terpaling Upin Ipin sampai Tok Wan Upin Ipin nak masuk hospital, dia menangis teresak-esak,” tulis Zam Dragon.
Justeru, tidak hairanlah aksi si comel ini menarik
perhatian orang ramai sehingga video berkenaan mendapat lebih 282.k jumlah
tontonan dan 20.1k tanda suka.
Rata-rata mereka terhibur dengan gelagat si comel yang kecil-kecil lagi sudah pandai menghayati sesebuah cerita persis orang dewasa.
“Feel dia
sampai. Meraung budak tu dibuatnya,” tulis salah seorang netizen.
Tak dapat dibayangkan kalau adik comel ini menonton drama bersiri dari Korea Selatan (K-drama). Mahu banjir satu rumah dibuatnya. Dalam kecomelannya itu, ada taman dalam hati rupa-rupanya. - KitaReporters