Seramai 14 peserta Kategori Individu Lelaki dan Wanita dan tiga persatuan bagi Kategori Pertubuhan Belia yang menamatkan temu duga mereka boleh menantikan keputusan Anugerah Belia Perdana Negara (ABPN) peringkat negeri Perlis pada 18 Mei 2024 nanti.

Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis Mohd Hanafi  A. Rahman berkata, proses menemu duga semua peserta telah dijalankan oleh enam panel yang dilantik dalam kalangan kakitangan kerajaan, swasta, GLC profesional dan tokoh masyarakat.


Mohd Hanafi  A. Rahman .


Panel Ikon ABPN kategori individu sedang mengadili peserta.


Beliau berharap peserta yang terpilih pada tahun ini (2024) akan membawa cabaran dan seterusnya meraih hadiah pada peringkat kebangsaan nanti.

“Pada tahun ini (2024) saya melihat peserta yang diadili mempunyai bakat dan keterampilan diri,” ujarnya lagi.

Mohd Hanafi berkata, ABPN peringkat negeri Perlis yang diperkenal ini menjadi satu platform untuk anak muda negeri Perlis menunjukkan bakat sebagai pemimpin pada masa hadapan.

Pastinya melalui program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh mereka, ia akan diterjemahkan melalui pengiktirafan yang akan mereka terima nanti.


Antara finalist Ikon Belia Perlis yang terpilih menunggu giliran untuk ditemu duga bagi Anugerah Belia Perdana Negeri (ABPN) Perlis.


Peserta dari Kelab Belia Indera Kayangan Muhamad Tasnim Abd Razak membentangkan laporan.


ABPN yang diperkenal pada tahun 1988 bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia negara.

Antara kriteria penilaian anugerah ini ialah dari segi sahsiah yang merangkumi latar belakang, sikap dan perwatakan calon termasuk pendidikan, pengalaman dalam kerja sukarelawan, kemahiran komunikasi, dan penampilan calon itu sendiri. - KitaReporters


Antara panel yang dijemput untuk memilih calon ABPN Perlis.


Peserta yang menghadiri temu duga di Jabatan Belia dan Sukan Perlis menunjukkan kelegaan selepas ditemu duga.


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menghantar enam calon untuk kategori individu. 

13
13
0
13
0

Copy Link: