PRU makin dekat! Pelbagai isu timbul! Warga Bangladesh ada MyKAD? JPN jawab kekeliruan sebenar!
Published byBAHANG pilihan raya semakin menghampiri… ketika ini pelbagai tuduhan timbul kononnya untuk mengutip undi.
Terbaharu tular isu kad pengenalan diberikan kepada warga Bangladesh untuk dijadikan pengundi.
Tampil mengesahkan keadaan sebenar, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan kisah yang sebetulnya dan menafikan dakwaan yang sedang tular dalam media sosial dan aplikasi WhatsApp, kononnya ramai warga Bangladesh diberikan kad pengenalan, Kad Akuan Diri Malaysia atau MyKAD menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pilihan-pilihan raya
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan 25 Oktober 2022, JPN menegaskan dakwaan tersebut tidak benar, sebaliknya MyKad hanya dikeluarkan kepada individu warganegara Malaysia yang layak, berdasarkan peruntukan perundangan.
JPN juga ingin menjelaskan bahawa paparan MyKad yang ditularkan dan didakwa milik warga Bangladesh itu adalah tidak benar. Sebaliknya beliau adalah seorang warganegara Malaysia yang sah.
JPN menegaskan lagi lelaki berkenaan adalah anak angkat dan diambil secara sah mengikut undang-undang.
"Beliau telah diambil sebagai anak angkat secara sah dari sudut undang-undang dan dibesarkan oleh satu keluarga Cina sejak dari lahir lagi.
"Malah isu ini telah dilaporkan oleh pihak media yang menjelaskan bahawa individu tersebut adalah warganegara Malaysia," kata JPN menerusi kenyataan tersebut.
Malah, JPN memaklumkan, pihaknya telah membuat satu laporan polis pada 23 Oktober 2022 lalu memandangkan dakwaan itu bukan sahaja menjatuhkan imej dan menjejaskan kredibiliti jabatan itu, tetapi lebih dahsyat akan boleh mencetuskan kebimbangan awam.
"Laporan tersebut dibuat supaya pihak polis boleh menjalankan siasatan, terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan dakwaan palsu berkenaan," katanya.
JPN pada masa sama turut mengingatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi mengenainya.
Orang ramai boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya menyebarkan maklumat palsu.
Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-88807077 atau e-mel [email protected]. - KitaReporters