Idris Jusoh ketika menghadiri program terakhir bersama anak muda Besut di Dewan Besar Politeknik Besut, Kota Putera pada 24 Oktober 2022. 


PENGERUSI FELDA, Tan Sri Idris Jusoh mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding bagi mengekalkan kerusi Parlimen Besut pada Pilihan Raya Umum PRU-15 (PRU-15) pada 19 Novermber 2022 ini.

Keputusan tersebut adalah bagi memberi laluan kepada calon yang lebih muda untuk bertanding, seiring dengan hasrat UMNO untuk meremajakan parti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Idris Jusoh

Idris Jusoh


"Dengan barisan kepemimpinan yang lebih muda, saya yakin masa depan UMNO akan jadi lebih bertenaga dan dihormati pengundi.

“Sebenarnya, saya telah buat keputusan untuk tidak bertanding sejak tahun 2013 lagi bagi memberi laluan kepada pimpinan muda meneruskan legasi parti,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin, 24 Oktober 2022.

Beliau sebelum itu menghadiri program Sahabat Muda Besut yang menghimpunan lebih 1,000 orang muda di Dewan Besar Politeknik Besut, Kota Putera. 

Idris berkata, ketika itu saya menyatakan hasrat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung UMNO, namun atas kehendak parti, saya akur dan kekal teruskan khidmat dengan bertanding dalam PRU demi parti dan negara.

Meskipun begitu, katanya, pada tahun sama, beliau telah melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Besut kepada pimpinan baharu sebagai salah satu perancangan untuk berundur secara beransur-ansur.


Idris menghadiri himpunan orang muda Besut di Politeknik Besut, Kota Putera


Menurutnya, pangalaman bertanding pada PRU9 bermula pada 1995 dan menang sebagai Ahli Parlimen Besut ketika berusia 40 tahun.

Manakala, penggal seterusnya dalam PRU10 1999, dia tewas di kerusi DUN Kota Putera, namun kembali diberi mandatr sebagai ADUN Jertih untuk dua penggal berturut-turut pada tahun 2004 dan 2008.

Katanya, dua penggal berikutnya pada PRU11 (2004) dan PRU12 (2008) dia kembali menyandang kerusi Parlimen Besut sehingga Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022. 

Bekas Menteri Besar Terengganu dan Menteri Pengajian Tinggi itu mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi dan rakyat Besut yang telah menyokong beliau sepanjang tempoh menjadi wakil rakyat.

“Saya juga akan terus bekerja kuat untuk memastikan BN terus menempa kemenangan dengan cemerlang dalam PRU15,” katanya. - KitaReporters


Idris menyampaikan cederamata kepada wakil Politeknik Besut

10
8
4
24
1

Copy Link: