Setiap orang mempunyai cara atau resipi tersendiri ketika berkongsi resipi masakan. Contohnya masak rendang. Nama masakan sama tetapi setiap orang berbeza cara memasaknya. 

Raikan sahaja perbezaan itu kerana ia sedikit sebanyak membuatkan masakan itu berkembang mengikut selera masing-masing.

Rendang Indonesia berbeza dengan Malaysia. Malah, di Malaysia sendiri rendang juga berbeza mengikut negeri atau tempat. Itulah yangdipanggil adaptasi. 

Proses inilah yang membuatkan sesuatu makanan itu berkembang mengikut selera masing-masing.



Cuma apabila ia berbeza daripada resipi asal, penerimaan agak sukar dan memakan masa. Namun, tak salah mencuba. Mana tahu satu hari nanti ia akan diterima. 

Inilah yang terjadi kepada seorang pemilik akaun Tiktok bernama Fuad Kitchen apabila dia berkongsi resipi butter chicken.



Niatnya untuk berkongsi resipi akhirnya bertukar menjadi kecaman netizen. Dia dikatakan merosakkan resipi tersebut dan tidak dapat menerima kritikan apabila ditegur.

Dalam video yang dikongsi itu, kelihatan dia memasak resipi butter chicken mengikut caranya tersendiri. Namun, caranya yang bertentangan dengan resipi asal membuatkan netizen menegurnya.



Menurut netizen, kesalahan cara memasak berlaku apabila ayam tidak digoreng terlebih dahulu dan kuahnya terlalu banyak. Resipi itu tidak kelihatan seperti yang sepatutnya. 

Namun teguran netizen tidak diterima oleh Fuad sehingga menyebabkan kecaman demi kecaman terus dilemparkan terhadapnya.



“Ni butter milk chicken. Butter chicken tu versi kering dik,” tulis salah seorang netizen.

Namun ada juga netizen mendakwa butter chicken dan butter milk chicken adalah resipi yang berbeza.

Butter chicken tu biasa resipi dari india. Ni butter milk,” tulisnya.



Namun tahukah anda, hidangan butter chicken berasal dari Delhi iaitu ibu kota India. Ia mula diperkenalkan pada sekitar tahun 1950-an oleh seorang lelaki bernama Kundan Lal Gujral mengendalikan sebuah restoran yang dinamakan Moti Mahal.

Sebelum ini, Moti Mahal menyajikan hidangan tanduri yang mana ia dimasak melalui ketuhar tanah liat bulat. Jus perapan yang digunakan untuk menyediakan ayam tanduri adalah mentega, rempah ratus dan tomato.

Ayam tanduri perlu dihidangkan panas bagi mendapatkan rasa yang lazat. Apabila ia disediakan untuk tempoh yang lama, ia tidak lagi segar dan terasa kering apabila dimakan.


Butter chicken sebenarnya adalah hidangan kari ayam di India. - Kredit foto: Google Image 


Oleh itu, Gujral mendapat idea baharu. Dia menyediakan hidangan kuah asas yang menggunakan bahan seperti tomato, mentega, krim dan beberapa rempah untuk menyaluti potongan ayam tanduri supaya kekal lembap dan lebih enak. Maka, lahirlah hidangan butter chicken.

Kebanyakan hidangan butter chicken di Malaysia lebih berkrim kerana dicampur susu. Sungguhpun begitu, bahan-bahan seperti daun kari, cili, bawang dan mentega masih dikekalkan.


Inilah hidangan butter chicken atau butter milk chicken yang biasa terdapat di Malaysia. - Kredit foto: Google Image

13
6
0
14
0

Copy Link: