Tolong kami! Bantu Auni Amira! Parah terjatuh dari tingkat 5! Rayuan selamatkan anak!- Razniati
Published byAuni Amira Khairul Anizul
Oleh NORMALA HAMZAH
"Sepatutnya dia meraikan hari lahir yang ke-15 pada hari tersebut. Malangnya kehendak Allah mengatasi segala. Saya reda dan mendoakan agar dia kembali pulih," demikian kata Razniati Mohamed Radzi, 42.
Betapa luluhnya hati seorang ibu apabila anak yang periang dan ramah kini terlantar tidak berdaya akibat kejadian yang tidak diduga itu.
Anaknya Auni Amira Khairul Anizul, 15, kini berada dalam kritikal di Hospital Ampang akibat terjatuh.
"Dengan rasa rendah diri saya memohon kepada semua kenalan dan saudara mara untuk membantu menampung kos rawatan pembedahan anak saya, Auni Amira yang kini kritikal di Hospital Ampang," katanya.
Keadaan Auni Amira yang dirawat di Hospital Ampang
Menurut Razniati anak keduanya itu terjatuh dari tingkat 5 sebuah kondominium dalam kejadian pada 28 April 2023 lalu di Ampang, Selangor.
"Sepatunya pada hari itu Auni Amira keluar meraikan hari lahirnya bersama keluarga.
"Saya memohon bantuan kenalan dan saudara mara yang bermurah hati untuk sama-sama menderma bagi meringankan beban kos rawatan anak saya yang dianggarkan berjumlah RM60,000," ujar Razniati lagi.
Akibat kejadian itu Auni Amira mengalami patah tulang pipi dan gigi, belakang leher, tulang dagu, kaki kiri, siku kiri remuk dan paru-paru bocor.
Terdapat juga pendarahan pada otak, patah kedua-dua tulang pelvis (punggung) dan patah hidung. Keadaanya sekarang parah dan dalam kritikal.
Dana RM70,000 ini diperlukan dengan kadar segera memandangkan keadaannya yang tidak stabil dan sangat kritikal.
"Saya merayu bantuan semua untuk menyelamatkan anak saya kerana kos terlalu tinggi dan di luar kemampuan kami," pinta Razniati.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun ibunya, Razniati Mohamed Radzi menerusi akaun CIMB bernombor 7004672143 dengan tajuk rujukan: Rawatan Auni Amira.
"Berapapun jumlah yang disedekahkan, amat-amat bernilai untuk pembedahan segera anak saya dan hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan anda semua," kata Razniati.
Pada masa sama Razniati memohon orang ramai mendoakan kesembuhan dan dipermudahka urusan dan pembedahan buat anaknya. - KitaReporters