Video| Di dalam, luar masjid padat! Solat tarawih dapat RM6, subuh dapat RM3! Derma tauke keretek!

Published by
KitaReporters
.

Bagi sejumlah individu hendak melakukan ibadat didorong untuk mendapat ‘hadiah’. Jika mendengar ada pihak ingin memberi ‘hadiah’ maka berbondong-bondonglah datang mereka ke masjid.

Ia dibuktikan apabila Masjid Jami Al-Ilyas di Malang, Jawa Timur diserbu ribuan orang setiap hari sejak Ramadan pertama.




Mereka tidak hanya dari  kalangan penduduk di daerah Malang, malah ia turut mengundang kehadiran warga dari daerah lain. baik lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Ini kerana mereka mendengar seorang jutawan yang dermawan, Haji Sulaiman, 50-an iaitu pemilik CV Sayap Mas Nusantara ingin memberi sumbangan.



Sejak tahun 2024, Sulaiman yang punya pelbagai perniagaan tetapi pendapatan utamanya dari kilang rokok kretek meneruskan tradisinya memberi sumbangan amal dalam bulan Ramadan.

Bagi tarawih Sulaiman memberi wang tunai Rp200 ribu (kira-kira RM6) dan jika solat subuh diberi Rp100 ribu (kira-kira RM3), manakala Rp200 ribu (RM6) diagihkan jika solat subuh ditunaikan pada hujung minggu. Sumbangan amal ini dilaku sepanjang Ramadan. 

Masjid Jami Al-Ilyas terletak dalam kawasan kilang kretek Sayap Mas dan juga menjadi makam keluarga Sulaiman.





Setelah memenuhi bahagian dalam dan pekarangan luar masjid, orang ramai yang tidak dapat masuk akan duduk atas sejadah di atas jalan menuju ke masjid.

Sulaiman tidak mengehadkan jumlah jemaah yang diberi sumbangan. Sejumlah kakitangan ditugas untuk menyampaikan sumbangan itu kepada para jemaah.

Di Indonesia, pada bulan Ramadan, ramai golongan kaya melakukan kerja amal untuk mendapat keredaan Tuhan. 

Mungkin tahun hadapan (2026), jumlah sumbangan Sulaiman akan bertambah? - KitaReporters


14
16
0
11
0

Copy Link: