3 lelaki tarung nyawa! 11 hari berlayar, 4,345km! Tumpang kemudi kapal tangki! Hanya minum air laut!
Published byKredit foto : Energy Voice
SELEPAS 11 hari berlayar, tiga lelaki yang bertarung nyawa dengan hanya 'menumpang' di bahagian kemudi sebuah kapal tangki minyak dalam pelayaran dari Nigeria ke Sepanyol sejauh 4,345 kilometer akhirnya berjaya diselamatkan oleh Badan Keselamatan dan Penyelamatan Maritim (BKPM) Sepanyol pada 28 November 2022 lalu .
Tindakan berani ketiga-tiga lelaki terbabit yang menumpang secara haram kapal tangki itu amat mengejutkan pihak berkuasa kerana semasa mereka berada di kemudi kapal sepanjang perlayaran adalah kedudukan jarak kaki mereka dengan permukaan air laut hanya kurang satu meter.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kapal-kapal
TIGA lelaki bertarung nyawa hanya `menumpang' di bahagian kipas kemudi di bawah kapal tangki (dalam bulatan) sepanjang pelayaran selama 11 hari dari Nigeria ke Sepanyol. - Kredit foto : Energy Voice
BKPM di Gran
Canaria, Sepanyol di lokasi kapal tangki Althini II sepanjang 183 meter itu berlabuh
ternampak ketiga-tiga lelaki itu di bahagian kemudi sebelum mereka menyelamatkan mereka dan
dibawa ke hospital.
Sekeping foto yang dimuat naik dalam Twitter oleh petugas pantai terbabit pada 28 November 2022 memperlihat ketiga-tiga lelaki berkenaan masih bersembunyi di kemudi dan kipas yang berbentuk sirip besar di bawah kapal tangki itu sejak 11 hari lalu.
Kredit foto : Energy Voice
Dipetik daripada laporan Kompas.com dari Energy Voice pada 1 Disember 2022 lalu berkata selepas diselamatkan, tiga lelaki itu dihantar di hospital di Pulau Gran Canaria untuk rawatan selanjutnya.
Dua dari tiga lelaki itu telah dihantar pulang ke Nigeria manakala seorang lagi masih dirawat hospital.
Kredit foto : Tribunnews.com
Ketiga-tiga lelaki itu hanya ‘menumpang’ selama 11 hari di bahagian kemudi tanpa pengetahuan petugas kapal tangki itu selepas kapal Althini II itu bertolak dari Lagos, Nigeria pada 17 November 2022 lalu.
Bayangkan kapal tangki itu berlayar di lautan terbentang luas dan betapa siksanya tiga lelaki itu bertarung nyawa hanya berselindung di sebalik kemudi itu.
PETUGAS BKPM Sepanyol melakukan operasi untuk menyelamatkan tiga lelaki terbabit di Pulau Gran Canaria pada 28 November 2022.
Tidak dapat
diketahui punca kejadian itu namun daripada temu bual wartawan dengan lelaki-lelaki terbabit memberitahu sepanjang tempoh tersebut mereka tidak makan apa-apa
kecuali minum air laut.
‘’Ketika tidur pula, kami bergilir-gilir tidur di dalam sebuah lubang pada kemudi kapal tangki itu,’’ kata mereka. - KitaReporters
KEMUDI kapal tangki. - kredit foto: Kompas.com