HENDAK hidup sihat sehingga ke tua, golongan muda jangan menghisap rokok, membuang duit dan jangan jadi seperti drinya, kata Datuk Rosyam Nor

Selebriti dan usahawan terkenal yang nama asalnya Mohammed Noor Shamsuddin, mula belajar menghisap rokok ketika berusia 18  tahun dan akibatnya setelah berusia 55 tahun dia mula merasakan kesan merokok menyebabkan dia mudah merasa semput dan cepat mengah apabila memanjat.

Perangai kuat merokok dipapar pelakon ini  dalam sejumlah filem lakonannya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Rosyam Nor


Rosyam Nor memberi sokongan kepada RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentangkan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin  pada 27 Julai 2022.



Justeru Rosyam menyatakan sokongannya terhadap larangan merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti rokok kepada individu yang lahir pada 2007 dan selepasnya.

Rosyam menyokong penuh cadangan itu dan berharap seluruh rakyat Malaysia turut memberi sokongan kepada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentangkan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 27 Julai 2022. 

Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada minggu depan.



Menurut Rosyam, rang undang-undang itu patut disokong kerana ia adalah perkara baik dalam usaha menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat.

Malah Rosyam berharap kerajaan membuat program bagi perokok untuk berhenti tabiat itu, dan dia tidak teragak-agak untuk menyertainya.

Berdasarkan pengalaman, memang sukar untuk memberhentikan tabiat merokok walaupun tahu kesan buruknya. Namun program yang berkesan mampu melumpuhkan minat perokok tegar terhadap bahan perosak itu, tambahnya. 

Rosyam menyatakan pandangan  dan pengalamannya melalui rakaman video dalam Instagramnya, @Iamrosyam. - KitaReporters

Merokok seperti menyedut racun kepada perokok dan orang-orang berdekatan.

8
9
0
17
0

Copy Link: