Janji ibu dan SPM! Terima kasih Cikgu Badariah! Semoga pengorbanan Haikal diberi-Nya kejayaan
Published by"LULUH hati seorang anak apabila mendapat perkhabaran dari Hospital Taiping, ayahnya telah pergi buat selama-lamanya. Terkilan sungguh tidak sempat ketemu ayah yang sedang dirawat kerana SOP kesihatan.
"Esok (24 Februari 2021) Heykal ada exam kertas Sejarah. Allahaukhbar. Beratnya ujian yang terpaksa ditanggung anak muda ini.
"Antara kesempatan melunaskan tanggungawabnya sebagai anak, menguruskan jenazah ayah atau datang exam. Mulanya, Heykal tidak mahu ke kelas exam sebab inilah kali terakhir dia dapat berbakti pada ayah.
"Hati seorang ibu yang melihat anaknya yang serba salah membuat keputusan, masa depan masih panjang.
"Mak nak awak (panggilan biasa pada anaknya) pergi jawab exam esok (24 Februari 2021) dan Mak janji akan bawa jenazah ayah ke sekolah untuk awak tengok".. janji itu ternyata sangat berat, namun permintaan ibu tidak boleh diabaikan."
Lagi kisah-kisah duka berkaitan Muhammad Haikal Iskandar Zamry:
https://kitareporters.com/search?search=haikal
"Kerajaan dan rakyat seluruh negara mendoakan kejayaan cemerlang Muhammad Haikal Iskandar Zamry dalam ujian Penilaian Sekolah Menengah (SPM) dan Insya-Allah, pengorbanannya akan dibalas dengan sesuatu kejayaan luar biasa. Tabah dan sabar dalam melalui ujian menyedihkan. "
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Seri Dr Ismail Muttalib dalam perutusan takziahnya, berkata kerajaan dan rakyat sentiasa di sisinya untuk memberi semangat pada kala Haikal sedang melalui saat menyedihkan yang bukan saja kehilangan ayah, tetapi juga berdepan situasi mencabar menduduki peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) yang akan menentukan nasib dan masa depannya dan keluarga.
"Sabah, tabah dan Insya-Allah, Allah akan membalas sesuatu yang lebih baik dengan masa depan cemerlang di atas pengorbanan Haikal menempuh saat-saat getir begini, " katanya dalam ucapan yang disiarkan dalam Facebooknya dan kemudian dimuat naik oleh guru kaunseling, Badariah Mohd Mohaidin.
Haykal, 18, pelajar Sekolah Menengah Simpang Beluru, Kuala Kangsar, Perak menjadi kesayangan netizen kerana ketabahannya berdepan situasi kehilangan ayahnya pada 24 Februari 2021 lalu, ketika sedang menduduki ujian SPM. Keprihatinan pihak sekolah membawa jenazah bapanya untuk `bertemu` dia sebelum peperiksaan dimulakan.
"MasyaAllah...Jzk khairan YB DS...tak terkata dgn ucapan ikhlas dari YB Ds...namun doa yang YB DS titipkan amat besar dan bermakna bagi kami warga SMKSB..apatah lagi bagi adik Heykal dan keluarganya. Pasti Allah ganjari juga dengan segala kebaikan kepada YB DS n fmly..." kata Abdullah Sani dalam komen balasnya.
Izhaniff Firdaus
Semua komen itu dibalas Dato Sri Ismail dengan kata-kata doa, semoga bermanfaat untuk keluarga pelajar berkenaan.
Izhaniff Firdaus pula berkata," Keprihatinan seorang pemimpin yang patut dicontohi. Salam Takziah buat adik Muhammad Haikal dan keluarga. Semoga kedukaan ini terubat dgn kejayaan adik Haikal dalam peperiksaan SPM nanti. Alfatihah buat arwah ayahanda adik Haikal."
Izuan Isha pula mengucapkan terima kasih Dr Ismail Abdul Mutalib dengan berkata, sekurang-kurangnya dapat kembalikan semangat adik Haikal dalam menempuh dugaan ini. Semoga terus kuat.
Abdullah Sani tak terkata dengan ucapan ikhlas dari Dato Sri Dr Ismail.... semoga Allah ganjari juga kebaikan pada YB.
Sebelum itu, Pengarah Pendidikan Negeri Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali melawat dan bertemu dengan Haikal di sekolah untuk memberikan kata-kata semangat agar dia terus positif.
Dr Suhaimi Mohamed Ali (kanan) bertemu dengan Haikal (tengah)
"Stay strong and salam takziah for his family. Heart breaking moments," kata Rajes Karpiah
Kata Tulashi Chandra, "This should not happen to anyone. Stay strong adik,"
Seorang lagi netizen, Jamilah Mohd Noor mendoakan Haikal "terus tabah mengharungi liku-liku kehidupan pada masa akan datang, semoga arwah ayah adik ditempatkan di kalangan orang beriman. Aamiin. Allah ada perancangan yang terbaik buat adik. Semoga berjaya..doa yang baik-baik ya."
Sementara itu, Cikgu Badariah yang membalas komen negatif netizen, mempersoalkan kenapa jenazah arwah ayah Haikal perlu dibawa ke sekolah dengan alasan, 'Disyurgakan boleh bertemu," lantas beliau berkata "Kalau tak tahu cerita sebenar janganlah komen negatif. Cukuplah doa yang baik-baik. Allah Maha mengetahui.." tegasnya.
Cikgu Kaunseling, Badariah Mohd Mohaidin
Pembaca, Emy Mohd dalam komennya, "Saya x tahu sape yg mengaturkan utk jenazah dbawa ke sekolah bertemu dengan warisnya... tp yg sy tahu itu adalah ketentuan Allah aturkan melalui org2 yg amat prihatin.. dn sy rasa puan yang memainkan peranan penting itu. Tahniah puan!, tidaklah pelajar terbabit terkilan kerana x dpt menatap arwah ayahnya buat kali terakhir.
"Sabarlah org baik mmg selalu kena kecam. ibarat buah yg manis akan selalu dilempar objek untuk jatuhkannya. Semoga puan tabah dn teruskan dgn prinsip mahukan yg terbaik utk anak didik..t kasih puan."
Sementara itu dalam maklumat terkini, Cikgu Badariah menceritakan setiap detik peristiwa yang membuatkan calon itu hampir menarik diri daripada menduduki peperiksaan selepas diketahui ayahnya meninggal dunia.
Kemudian ibunya, Puan Rahayu dilaporkan memujuk dengan baik agar beliau tabah dan menghabiskan ujian dan dengan membawa jenazah kemudian tiba ke sekolah dengan semua guru berada dalam saat-saat yang serba salah, sama ada pelajar itu mampu menahan kesedihannya.
Bagaimanapun hampir semua guru terbabit ada di sisi Haikal dan mereka memberi sokongan emosi untuk dia melalui saat itu. Segala-galanya berjalan lancar dan walaupun terlewat 20 minit menduduki ujian, tetapi masih belum melanggar SOP Lembaga Peperiksaan.
Haikal telah berjaya menjawab kertas Sejarah 2 di bilik peperiksaan khas dan ketika itu hanya Allah yang Maha Mengetahui perasaan anak muda berkenaan. - KitaReporters
Penjelasan penuh Cikgu Badariah:
'JANJI IBU HAIKAL'.... Semoga dapat Merungkai persoalan netizen...
Ketika itu telah masuk waktu Maghrib pada tanggal 23 Februari (Selasa), apabila keluarga Haikal Iskandar telah mendapat perkhabaran duka daripada pihak Hospital Taiping yg memaklumkan bahawa ayahnya telah pergi buat selama2nya. Luluh hati Haikal tidak terperi. Dia sungguh terkilan kerana semasa ayahnya di hospital dia tidak berkesempatan melawat ayahnya atas sebab terpaksa akur dengan SOP.
Esok, Haikal ada exam kertas Sejarah. Fikirannya menjadi tidak keruan. Allahu Akbar. Beratnya ujian yang terpaksa Haikal lalui.
Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Dalam hatinya tiada lain yang difikirkan, aku takkan lepaskan kesempatan yang aku ada untuk berbakti kepada ayahku buat kali terakhir.
Aku mesti uruskan jenazah ayahku esok...
Lantas Haikal menyampaikan hasrat murninya itu kepada ibunya. Dia tak mahu pergi menduduki peperiksaan esok . Ibunya Puan Rahayu terkedu apabila mendengar hasrat anaknya itu. Dia amat memahami perasaan Haikal tetapi dalam masa yang sama tidak mahu masa hadapan anaknya itu tergadai.
Dengan penuh berhati-hati dan suara yang lembut Puan Rahayu memujuk Haikal...
"Mak nak awak (panggilan biasa kepada Haikal) pergi jawab exam esok, dan Mak janji akan bawa jenazah ayah ke sekolah untuk awak tengok'...berat juga Haikal untuk menerima cadangan ibunya, tapi apakan daya. Haikal memang anak yang baik...akhirnya dia bersetuju dengan pujukan ibunya itu.
Maka kesokan harinya, Haikal telah hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan kertas Sejarah. Usai kertas 1 , Haikal saya bawa ke kantin. Saya beritahu dia, jenazah ayah akan sampai sedikit masa lagi. Allahu Akbar...saya sendiri berasa risau , takut Haikal tidak dapat mengawal emosinya nanti. Haikal menggangguk lemah dan dia memang sudah bersedia untuk berjumpa 'ayah'. 😭. Saya pujuk dia untuk makan tetapi dia menolak. Takda selera katanya. Akhirnya saya pesan secawan Milo panas dan saya letak di hadapan Haikal. Alhamdulillah Haikal telah meminumnya. Sambil Haikal minum saya, Puan Halijah (guru PSV) dan Puan Norhaida telah memberikan kata2 semangat kepada Haikal...Kelihatan air matanya bergenang. Saya hulurkan tisu...saya cuba tahan air mata saya daripada turut menangis...Saya sbg guru kaunseling kena kuat...Saya mengajaknya sama-sama membaca surah alIkhlas untuk dihadiahkan kepada arwah ayahnya...Haikal akur dan kami baca bersama-sama. Selepas itu kami mengajak Haikal menunggu di bawah bumbung arena sekolah kerana dalam beberapa minit lagi jenazah dijangka sampai. Sementara itu, cikgu Amar Salihin turut memberikan sokongan emosi kepada Haikal... Alhamdulillah Haikal dapat mengawal emosinya...
Kira-kira pukul 9.40 akhirnya, kelihatan van jenazah masuk ke perkarangan sekolah. Ibu Haikal turun dari van tersebut. Haikal dipeluk dan dibawa melihat jenazah ayahnya...dan itulah tatapannya buat kali terakhir... Semoga Allah temukan semula mereka di dalam syurga... aamiin ya rabbal'alamin.
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Haikal... walaupun dia lewat masuk exam kira-kira 20 minit tetapi ini tidak melanggar SOP yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan...Haikal telah menjawab kertas Sejarah 2 di bilik Peperiksaan Khas...dan hanya Allah yg maha mengetahui perasaan Haikal ketika itu...
"Muhammad Heykal Zamry anak yang baik dan mama doakan semoga Allah permudahkan sgl urusan dan sentiasa dalam naungan rahmat Allah di dunia dan Akhirat"
Aamiin aamiin ya rabbal'alamin...