Ustaz disebat 74 kali! Mencabul kanak-kanak di bawah umur!
Published by
KitaReporters
--title--
SEORANG ustaz yang lebih dikenali sebagai Ustaz Coy menerima 74 kali sebatan selepas didapati bersalah mencabul dua pelajar bawah umur di sebuah sekolah agama berasrama penuh di Aceh Utara, Aceh, Indonesia. Menurut media Tribune News, hukumannya dikurangkan 6 sebatan setelah dia menjalani hukuman penjara selama 6 bulan sejak awal tahun ini. : KitaReporters
Ustaz Coy atau M Zahrul menjalani hukuman tersebut di pekarangan Pejabat Peguam Daerah Aceh Utara. Ia dijalankan oleh oleh polis syariah Aceh pada Rabu, 15 Julai, 2020.
Ustaz Coy kelihatan mengerang kesakitan ketika tukang sebat menjalankan hukuman dan ketika cecah sebatan ke-40, dia meminta berhenti sementara untuk minum air.
Menurut Pipuk, Ustaz Coy dikenakan hukuman kerana melanggar undang-undang Kanun Nombor 6 tahun 2014 dengan mencabul kanak-kanak di bawah umur.Wilayah Aceh menjalan sistem pentadbiran Islam dengan mewujudkan polis syariah bagi mengawasi masyarakat agar tidak melakukan jenayah syariah. - KitaReporters
Ustaz Coy menjalani hukuman sebat kerana mencabul dua pelajar sekolah berasrama penuh. Kredit oleh: Tribune News.
Ustaz Coy atau M Zahrul menjalani hukuman tersebut di pekarangan Pejabat Peguam Daerah Aceh Utara. Ia dijalankan oleh oleh polis syariah Aceh pada Rabu, 15 Julai, 2020.
Menurut Ketua Pejabat Peguam Daerah Aceh Utara, Pipuk Firman Priyadi, perlaksanaan hukuman mengambil kira protokol kesihatan dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) kesihatan.
Menurut Pipuk, asalnya dia menerima 80 sebatan tetapi dikurangkan kerana dia telah menjalani hukuman penjara sejak awal tahun ini.
Ketua Pejabat Peguam Daerah Aceh Utara, Pipuk Firman Priyadi. - Kredit foto: Tribu News
Ustaz Coy kelihatan mengerang kesakitan ketika tukang sebat menjalankan hukuman dan ketika cecah sebatan ke-40, dia meminta berhenti sementara untuk minum air.
Perlaksanaan ini memenuhi tuntutan undang-undang jenayah dan hukuman sebat itu dilakukan di tempat terbuka yang dapat dilihat oleh orang awam.
Ustaz Coy meminta dihentikan sebatan ketika sebatan ke-42 minta air. - Kredit foto: Tribune News
Menurut Pipuk, Ustaz Coy dikenakan hukuman kerana melanggar undang-undang Kanun Nombor 6 tahun 2014 dengan mencabul kanak-kanak di bawah umur.
Kejadian cabul itu dilakukan di sebuah sekolah berasrama penuh di Gampong Paloh Lada, Kabupaten Dewantara, Aceh Utara pada 16 Januari 2019.
0
0
0
3
1