Tolong kami! Bantu rumah anak yatim! Perlu RM50k! Untuk bersama baik pulih rumah uzur, rosak!
Published byInfografik mengenai tabung " Bersamamu Anak Yatim", satu inisiatif yang dijalankan oleh Jabatan Amal Malaysia Hulu Selangor dalam usaha membantu membaik puih dua buah rumah anak yatim di daerah Hulu Selangor. - Kredit foto : Video Jabatan Amal Malaysia Hulu Selangor.
PENGURUSAN rumah kebajikan anak-anak yatim atau golongan warga emas oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai akhir-akhir ini menghadapi masalah berikutan kemelut ekonomi yang melanda sekarang.
Dengan kurangnya jumlah sumbangan orang ramai usaha pihak pengurusan rumah-rumah kebajikan berkenaan bagi memperbaiki keadaan bangunan sedia ada yang uzur dan daif bagi keselesaan para penghuninya menjadi terbantut disebabkan ketiadaan kewangan mencukupi. Malahan dalam keadaan sekarang, kewangan untuk pengurusan harian perlu dijimat dan dicatu mengikut kesesuaian.
Rumah Anak Yatim Baitul Fitrah di Kundang dan Rumah Anak Yatim Pertubuhan Baitul Lathofah di Tasik Puteri, Rawang kedua-duanya terletak di daerah Hulu Selangor, Selangor merupakan antara agak terjejas dan memerlukan keprihatinan orang ramai membantu supaya dapat terus bertahan jangka masa lama. Selain kegunaan membaiki infrastruktur bangunan yang sudah uzur dan daif.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan anak yatim:
https://kitareporters.com/search?search=anak+yatim
Anggota Jabatan Amal Malaysia Hulu Selangor bersama NGO Geng Talaqi dan Muslim Care Malaysia meneliti keadaan bumbung Rumah Anak Yatim Baitul Fitrah, di Kundang, Selangor yang bocor.
Anak-anak yang menetap di kedua-dua rumah berkenaan merupakan anak yatim sama ada kematian ibu, ayah atau kedua-duanya sekali selain yang masih ada waris masing-masing. Malahan ada yang ditinggalkan begitu di sahaja di rumah berkenaan tanpa diziarahi atau dijengok langsung.
Melalui kunjung ziarah Jabatan Amal Malaysia Hulu Selangor bersama NGO Geng Talaqi dan Muslim Care Malaysia di kedua-dua rumah anak yatim berkenaan memerlukan bantuan sumbangan orang ramai bagi membaik pulih infrastruktur bangunan yang agak uzur dan fasiliti tidak mencukupi bagi kemudahan penghuni rumah berkenaan.
Rumah Anak yatim Baitul Fitrah, Kundang menempatkan 15 orang anak yatim perempuan termasuk seorang orang kelainan upaya (OKU) menghadapi masalah bangunan uzur, sebahagian atapnya bocor hingga mengakibatkan kabel eletriknya menjadi kembang jika kerap hujan. Bangunan berstrukturkan kayu ini juga menjadi serangan makhluk perosak seperti tikus dan semut.
Manakala Rumah Anak Yatim Pertubuhan Baitul Lathofah, Tasik Puteri, Rawang, yang menempatkan 21 orang anak yatim antara 7 hingga 9 tahun bersama tiga penjaga, keadaan pagarnya rosak, atap ada yang bocor dan perlukan grill untuk keselamatan.
Hasil kunjung ziarah tersebut Jabatan Amal Malaysia Hulu Selangor mengambil inisiatif untuk membantu dua buah pusat perlindungan anak yatim berkenaan bagi memberi keselesaan dan keselamatan kepada mereka.
Sehubungan itu, pihak Jabatan Amal Malaysia menyasarkan sejumlah RM50,000 sumbangan orang ramai bagi mengisi tabung "Bersamamu Anak Yatim" dalam usaha membantu kedua-dua rumah anak yatim tersebut.
Untuk Rumah Anak Yatim Baitul Fitrah, peruntukan sejumlah RM25,000 diperlukan merangkumi pendawaian elektrik sebanyak RM10,000; membaiki bumbung pula RM10,000 lagi; dan membeli peti sejuk, membuat pest control serta mendapatkan alat pemadam kebakaran berjumlah RM5,000.
Manakala Rumah Anak Yatim Pertubuhan Baitul Lathofah, RM25,000 juga diperlukan untuk memasang pagar sebanyak RM8,000, memasang grill pula RM6,000, membaiki bumbung RM8,000 lagi, dan peti sejuk serta alat pemadam kebakaran sebanyak RM3,000.
Satu-satunya penghuni Rumah Anak Yatim Baitul Fitrah, Kundang yang kelainan upaya (OKU) semasa dikunjungi ahli-ahli Jabatan Amal Malaysia Hulu Selangor.
Untuk memudahkan orang ramai membuat sumbangan bagi tabung berkenaan, pihak Jabatan Amal Malaysia Hulu Selangor menyedia empat kategori sumbangan iaitu untuk Pakej A (RM300), Pakej B (RM100), Pakej C (RM50) dan Pakej D (RM30).
Orang ramai yang ingin membuat sumbangan bolehlah menggunakan nombor akauan 562991015551 Maybank atas nama Jabatan Amal Hulu Selangor dan untuk kemudahan rujukan transaksi sumbangan gunakan " Bersamamu".Juga untuk maklumat lanjut mengenai tabung berkenaan boleh menghubungi Amaluddin melalui talian 011 0091884. Adam 011 15765851 dan hotline 013 7701030.
Dengan tagline "Anda Hulu Kami Salur", pihak Jabatan Amal Hulu Selangor mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dan menyokong menjayakan usaha tersebut. Semoga sumbangan dilimpahi berkat. - KitaReporters
Rumah Anak Yatim Baitul Fitrah perlukan sumbangan orang ramai yang boleh dibuat melalui tabung "Bersamamu Anak Yatim" untuk membaik pulih bahagian penting yang sudah uzur.
Rumah Anak Yatim, Baitul Fitrah di Kundang yang struktur binanya kayu kini dalam keadaan uzur.
Ahli Jabatan Amal Malaysia Hulu Selangor melihat keadaan kabel eletrik yang perlu diganti di Rumah Anak Yatim Baitul Fitrah, Kundang.
Sebahagian pagar Rumah Anak Yatim Baitul Lathofah, Tarik Puteri, Rawang pula rosak perlu diganti baharu.