APABILA janda bertemu duda, bukannya luar biasa tetapi jika janda itu sudah boleh bergelar nenek dan berkahwin dengan duda yang 45 tahun lebih muda daripadanya, itu luar biasa. Usah terkejut kerana hakikatnya ‘cinta itu buta’ dan realiti ini berlaku di Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia. : KitaReporters


Jamhar Ali Nur Syahid dan Yainem menunjukkan buku nikah mereka. - Foto kredit: Beritajatim.com/Endra Dwiono.


Lagi kisah-kisah berkaitan nenek:

https://kitareporters.com/search?search=nenek


Pasangan berkenaan, Yainem, 76, seorang warga Dusun Bandungan Desa Slahung, Kecamatan Slahung, Ponorogo sah bergelar isteri kepada Jamhar Ali Nur Syahid yang berusia 29 tahun.

Mereka melangsungkan majlis pernikahan di rumah pengantin perempuan pada Jumaat, 27 November 2020 secara sederhana tetapi meriah, yang cuma dihadiri kaum keluarga terdekat serta jiran tetangga sahaja. 

Yainem diwalikan oleh ketua daerah Slahung, Tajul Mujahidin yang menyifatkan perkahwinan itu sebagai satu fenomena yang tidak pernah berlaku di daerah Ponorogo sejak beliau menjadi ketua daerah itu pada tahun 2014.

"Ya, seperti cucu dan neneknya, tapi inilah dikatakan jodoh," kata Tajul.

Jamhar Ali Nur Syahid memperisterikan Yainem dengan hanya menyerahkan mas kahwin sebanyak 200,000 rupiah iaitu kira-kira RM57.83 sahaja, namun daripada wajah kedua-dua pengantin terpancar rasa kebahagiaan saat mengecapi gerbang perkahwinan.

Korang mesti nak tahu kan cerita bagaimanakah aturan jodoh yang ditentukan Allah SWT ini?



Menurut laporan berita daripada beberapa portal Indonesia, pertemuan kedua-dua pasangan janda dan duda ini bukan berdasarkan kepada cinta  malah mereka bertemu tanpa dirancang ketika masing-masing berbelanja di sebuah pasar sekitar Ponorogo.

“Kami tidak bercinta. Kami  berkenalan sesama sendiri sewaktu berbelanja di pasar tanpa dikenalkan oleh orang lain,” ujar Yainem terus terang.

Namun tiada siapa sangka pertemuan yang singkat itu membawa kedua-duanya bertemu jodoh apabila rasa keserasian antara mereka yang menggerakkan hati Jamhar Ali Nur Syahid untuk melamar Yainem.

Menurut Jamhar walaupun akui usia Yainem agak jauh bezanya namun memandangkan hati sudah terpaut beliau tidak teragak-agak untuk terus mengajak wanita yang boleh bergelar neneknya itu berkahwin,

“Selepas bertemu, saya terus bertanya kepada Yainem sama ada dia mahu berkahwin dan jika mahu kita terus nikah,” cerita  Jamhar sambil mengakui hatinya terpaut pada wanita berusia itu.

Sebelum itu, difahamkan Yainem bergelar balu dan menjanda sejak suamiya meninggal dunia dua tahun lalu, sementara Jamhar pula merupakan seorang duda sejak 4 tahun bercerai. Namun, baik Yainem mahu pun Jamhar, kedua-duanya tidak mempunyai cahaya mata dalam tempoh perkahwinan terdahulu.

Semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke jannah! - KitaReporters

1
1
0
0
0

Copy Link: