LOREN Schuaers yang baru berusia 19 tahun ketika mengalami suasana ngeri dalam hidupnya pada September 2019 apabila terjatuh sedalam 50 kaki dan dihempap  forklift yang dibawanya ketika bekerja di sebuah jambatan dalam pembinaan di Montana, Amerika Syarikat. Akibatnya Loren mengalami cedera parah pada bahagian pinggang ke bawah akibat dihempap foklift itu. : KitaReporters 


Loren Schuaers gembira teman wanitanya, Sabja Reiche sedia menerimanya walaupun cacat separuh badan. Kredit foto: DailyNews.

Lagi cerita-cerita berkaitan Amerika Syarikat:

https://kitareporters.com/search?search=amerika+syarikat


Keadaannya dianggap cukup parah dan para doktor tidak  yakin Loren mampu bertahan hidup.

Untuk rawatan lanjut dia dibawa dengan penerbangan ihsan menaiki helikopter ke sebuah hospital di Seattle, Washington. 

Doktor di sana nekad melakukan pembedahan hemikorperektomi (hemicorperectomy surgery) yang cukup berisko dan minta keluarganya berdoa. 


Loren mulanya dipercayai doktor gagal bertahan hidup. - Kredit foto: DailyNews.



Sekali lagi keajaipan berlaku. Para doktor berjaya dalam pembedahan itu. Walaupun beberapa bahagian terpaksa dibuang atau dibedah, namun alat kelaminnya dapat diselamat.

Para doktor mengesahkan dia mampu melakukan hubungan seks walaupun hanya tinggal separuh badan.

Dia turut menjalani proses pemulihan (rehabilasi)  selama dua bulan dan kembali Montana.

Loren kehilangan pekerjaan namun diberi sejumlah wang sagu hati.

Dan dalam kesedihan tiada lagi pekerjaan, namun Loren tetap menerima berita gembira apabila teman wanitanya Sabja Reiche, 21,  tetap menerima kekurangannya. Mereka berkenalan 18 bulan sebelum peristiwa malang itu terjadi. 


Sabja berjanji sedia menemani Loren sepanjang hayat. - Kredit foto: Daily News


Malah Sabja sedia menerima Loren sebagai pasagan hidup. Kedua-duanya bertunang baru-baru ini dan akan merasmikan perkahwinan tidak lama lagi.

Bagi Sabja, dia reda menerima peristiwa sedih itu dan akan setia hidup bersama sebagai suami isteri walaupun tidak mempunyai anak. Ini kerana walaupun alat kelamin Loren tetap normal, namun pundi menyimpan spermanya sudah dibuang dalam pembedahan itu. 


Doktor berjaya menyelamatkan alat kelamin Loren. - Kredit foto: Daily News


Loren kini bergerak dengan kerusi roda yang boleh digerak secara automatik.  

Sebagai mencari sumber pendapatan, Loren dan Sabja bercadang untuk menjadi  influencer (pempengaruh) dalam Twitch – sebuah perkhidmatan video live streaming. - KitaReporters 


Loren bercadang untuk menjadi influencer selepas hilang pekerjaan. - Kredit foto: Daily News.


2
1
4
0
0

Copy Link: