Mohd Syukor Khamis, remaja berusia 15 tahun, yang sebelum ini pernah digelar ‘Mowgli Malaysia’ kerana aksinya yang cukup unik bersama kerbau-kerbau peliharaannya pernah menarik perhatian jurugambar, tetapi hari ini sekali lagi kisahnya menjadi perbualan netizen apabila puluhan ekor kerbau miliknya ditemui mati bergelimpangan. : KitaReporters

Kerbau milik keluarga Mohd Syukur Khamis ditemui mati bergelimpangan di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu sejak beberapa hari lalu.


Lagi cerita-cerita berkaitan kerbau:

https://kitareporters.com/search?search=kerbau


Beliau kini bukan menerima berita gembira sebaliknya berita sedih apabila 30 ekor kerbau kesayangan dikatakan mati secara mengejut dikandang miliknya di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu.

Mohd Syukur atau pernah mendapat gelaran ‘Mowgli Malaysia’ atau 'budak kerbau' sememangnya popular dalam kalangan kita kerana mampu ‘berinteraksi’ dengan haiwan ternakan keluarganya.

Dugaan besar apabila dipercayai lebih 30 ekor kerbau milik mereka telah mati secara mengejut. Berita itu kini tular dalam media sosial menyebabkan ramai yang bersimpati dan meminta Mowgli Malaysia itu banyak bersabar.

Kerbau milik Mohd Syukur ditemui mati mengejut


Malah, simpati dengan berita itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr  Zulkifli Mohamad Al -Bakri turut berkongsi kesedihan dan menasihati Syukor dan bapanya, Khamis Jusoh supaya bersabar menghadapinya.

“Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar. Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang,” tulis Zulkifli pada hantaran dalam Facebook miliknya.

Daripada apa yang menimpa Syukor dan Khamis, Zulkifli juga berpesan bahawa hidup dan mati adalah ketentuan Allah.

“Jasad kita juga adalah milik-Nya. Sedih itu hal yang biasa, namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT," nasihat bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu.



Menurut Mohd Syukur, pada mulanya hanya seekor yang mati pada Rabu, 9 September 2020 lalu tanpa sebarang tanda kematian dan disangka penyakit biasa.

Bagaimanapun, keesokan harinya, seekor lagi yang mati sebelum dua ekor pada Jumaat, empat ekor pada Sabtu dan 11 ekor pada Ahad (13 September 2020). Manakala hari ini, 14 September 2020, kes kematian meningkat kepada 10 ekor dan dijangka lebih lima ekor lagi yang akan mati kerana sebab yang sama.

Kejadian itu menyebabkan ayahnya, Khamis Jusoh, 64, turut buntu memikirkan penyakit yang menular itu.

Mohd Syukur Khamis bersama sekor kerbau miliknya yang ditemui mati


Menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu sudah datang dan membuat siasatan punca kematian kerbau.

"Berkemungkinan besar ia mati kerana penyakit hawar berdarah, bagaimanapun keputusan ke atas pemeriksaan itu akan diperoleh dua minggu lagi,” kata Khamis.

Beliau memberitahu, kerbau yang mati itu hanya mengalami masalah selsema tanpa menunjukkan tanda-tanda diserang oleh penyakit.

Sehingga ini, katanya, beliau mengalami kerugian awal hampir RM200,000 disebabkan kematian lebih 30 ekor kerbau. 

Aksi menarik Mohd Syukur bersama kerbau peliharaanya menarik perhatian jurugambar


Sebelum ini, pelbagai aksi pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu dengan kerbau peliharaan bapanya mendapat pujian pengguna media sosial, termasuk  Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang menyatakan kekagumannya terhadap keakraban dan kemesraan Mohd Syukur bersama haiwan itu yang disifatkannya begitu ikhlas.

Gambar Mohd Syukur Khamis beraksi bersama kerbau yang tular dalam media sosial sebelum ini mendapat perhatian orang ramai

Gambar tular itu dirakamkan oleh jurugambar Dollah Deen dari Dollah Deen Photography yang berasal dari Kelantan, tetapi bekerja di Kuala Terengganu dan Mohd Nazri Sulaiman berasal dari Johor dan berkahwin dengan orang Kuala Terengganu yang kini menetap di Bangi, Selangor.

Keunikan gambar Mohd Nazri turut tu melayakkannya memenangi anugerah ‘Street/People Photographer of The Year Asian Geographic - Image of Asia 2018’ dan ‘Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.’ - KitaReporters

5
0
38
3
3

Copy Link: