Camilla tunjuk belang! Sindir Meghan menantu tak sedar diri! Dapat restu jadi Tuanku Permaisuri!
Published byRatu sudah restui Camilla jadi Tuanku Permaisuri. Layaknya bertarat seorang Ratu.
AKHIRNYA terlondeh sudah "bangkai busuk' yang disimpan selama ini oleh menantu cucu Ratu Elizabeth II sehingga seorang daripadanya, isteri Putera Harry, Meghan Markel 'keluar lari' dari Istana Buckhingham apabila mentua tirinya, Camilla dikatakan menyindir beliau (Meghan) sebagai 'The Minx' yang tidak sedar diuntung, tidak tahu bersyukur apabila 'diambil masuk' sebagai kerabat diraja.
Maksud 'minx' ialah gadis muda yang liar, pisau cukur dan gadis yang suka berpoya-poya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Camilla Parker Bowle
Pakar penulis biografi diraja England, Tom Bower memecah rahsia keluarga diraja itu, berkata sebelum ini pun, Camilla Parker Bowle, bekas gundik yang dinaikkan taraf sebagai tuanku puteri sebaik berkahwin dengan pewaris takhta itu, tidak pernah bertentang mata dengan Meghan.
Dia berani dan begitu lancang mulut menggelarkan Meghan, The Minx, seorang wanita yang bermasalah dengan diri sendiri yang mencari pasal dan akhirnya berakhir dengan air mata.
Gambaran terhadap Meghan itu adalah juga tepat kena pada diri Camilla sendiri yang merosakkan rumah tangga suami sendiri yang berakhir dengan kematian Diana dalam nahas di Paris pada 31 Ogos 1977, menamatkan hayat penuh dengan air mata.
Harry-Meghan. - Kredit foto: Banner Royal British 4341
Meghan yang juga seorang janda terkenal dari Hollywood yang mencipta nama dalam siri televisyen The Suit, seperti cermin diri Camilla yang sosial pada kala muda dan mahu berkahwin dengan anak raja.
Laporan beliau yang dipetik oleh akhbar the Sun, menyebut Tuanku Puteri itu mempunyai syak wangka yang berlebihan terhadap Meghan, Duchess of Sussex itu sebaik saja mengahwini anak kedua Charles, Putera Harry.
Ini mungkin antara titik tolak tekanan yang dilalui Meghan yang kemudian mengambil keputusan meninggalkan istana untuk kembali ke Amerika Syarikat (AS).
Keputusan itu kemudian disetujui Harry yang turut keluar istana dan mereka kemudian mengambil keputusan melepaskan jawatan kerabat diraja bekerja yang dibayar gaji oleh duit cukai rakyat England.
Harry memberi alasan sebagai seorang suami, dia perlu menjaga keluarganya dan peduli tentang kesihatan isterinya yang mungkin dilanda kemurungan seperti mendiang ibu yang hampir membunuh diri.
Kini mereka menetap di California dan langkah penghijrahan itu sebenarnya menguntungkan mereka apabila pasangan itu diberi jolokan sebagai tuanku mahkota yang mewakili England di AS.
Dari 'musuh' jadi sahabat. Camilla pernah digelar sebagai wanita jahat kerana merosakkan hubungan rumah tangga Charle dan Diana.
Kata-kata celupar keluar dari mulut Camilla itu, sebaik saja dia diberi restui dan doa oleh Ratu Elizebeth II agar dilantik sebagai Tuanku Permaisuri sebaik sahaja Charles menaiki takhta.
Sebelum kematiannya, Diana pernah memberitahu warga dunia dia hanya mahu jadi ratu di hati rakyat kerana peluangnya sudah tertutup untuk memenuhi doa rakyat negaranya yang hendak dia menjadi Ratu England menggantikan mentuanya, Ratu Elizabeth.
William mempunyai wajah seiras bondanya, Diana yang menjadi igauan ngeri seorang wanita yang mengambil tempat ibunya.
Camilla dikatakan mengeluarkan ungkapan begitu "kejam dan celupar" kerana mahu Harry-Meghan 'tutup mulut' agar tidak mengulas mengenai pelantikan dirinya yang bakal menjadi Tuanku Permaisuri Camilla.
Camilla bukan saja gundik malah wanita yang pernah mencuri Parker kekasih adik iparnya, Puteri Anne untuk menjadi suami pertamanya sebaik dia tidak diterima sebagai menantu oleh Ratu Elizabeth II kerana memiliki sifat yang tidak sesuai sebagai puteri diraja.
Elizabeth mahukan seorang kerabat bangsawan yang berdarah diraja untuk melahirkan pewarisnya. Sebab itu sebaik kakak Diana, Lady Sarah menolak lamaran Charles, putera diraja itu sudah mengalih pandangan cintanya kepada Lady Diana sewaktu dia berumur 16 tahun.
Charles memang sudah lama berkempen untuk menaikkan taraf bekas janda Andrew Parker Bowle itu sebagai tuanku permaisuri malah pernah membuatkan anaknya William dan Harry terasa sangat 'loya'.
Selain itu, ada ketika anak-anak Charles termasuk Putera William dan Kate Middleton, terasa hati apabila Camilla kerap bercakap agak kasar dengan anak-anak bekas seterunya, mendiang Lady Diana.
Sebelum ini pun ada desas desus mengenai kedudukan William dan penganugerahan gelaran diraja untuk anak-anak Harry yang dikatakan tidak memberi berita yang menggembirakan.
Malah Charles dikatakan tidak berminat untuk memberi gelaran pada cucunya sendiri Archie dan Lilibet apabila dia menaiki takhta nanti.
Ratu Elizabeth tidak boleh memberi gelaran pada cicit kerana itu hak milik milik Charles apabila menjadi raja nanti.
Majlis pertabalan pasangan berjalan serentak. Camilla akan duduk di sebelah Charles. - Kredit foto: Getty Imej.
Bower percaya Harry dan Meghan tidak mengeluarkan komen itu dengan jelas melancarkan perang dingin dengan Camilla yang sudah sekian lama tidak senang dengan kedatangan Meghan dalam keluarga diraja itu kerana Camilla menyifatkan pelakon dari Kanada itu mempunyai maksud tersirat ketika menikahi Harry.
Camilla dikatakan tidak percaya Meghan akan mengorbankan kerjayanya sebagai pelakon dan kebebasan dirinya untuk berkhidmat secara diam-diam dan menjadi sebahagian anggota diraja di sebalik tabir untuk mengabdikan dirinya kepada monarki itu, khususnya bila dia pula jadi tengku permaisuri.
"Mungkin ini cara Harry-William mengisthyiarkan 'perang' pada Camilla secara terbuka. Saya percaya, Meghan tidak pernah menyukai wanita itu sangat dan itulah agaknya perasaan mereka selepas tahu Camilla akan jadi Tuanku Permaisuri yang akan turut memerintah Britain satu ketika nanti."
Menaiki takhta diraja atas air mata seorang isteri dan bonda kepada pewaris diraja yang sah.
Sebelum ini pun hasrat untuk 'menghalau' pasangan itu keluar dari Istana ditimbulkan dengan kata-kata sindiran terhadap kesan ke atas keturunan Harry nanti sekiranga dia dikurniakan anak yang berkulit hitam sebagaimana ibu Meghan.
Malah kakak ipar Harry, Kate pernah dilaporkan terasa hati apabila seseorang dalam istana berkata, berkahwin dengan putera raja akan membuatkan dia akan menangis kerana suami mereka akan memiliki ramai gundik.
Bolehkah anak-anak bayangkan mempunyai ibu tiri yang bukan saja memusnahkan keluarganya sehingga ibu mereka terbunuh kerana membawa diri yang lara, semata-mata mahu mengejar kedudukan sebagai kerabat raja.
Restu ratu itu adalah kemenangan pertama diperolehi dikenali sebagai majlis anugerah naik darjat, sebaik Ratu Elizabeth, 95 tahun akhirnya terpaksa memberi restu kepada menantu keduanya itu menjadi Queen Consort (bertaraf Tuanku Permaisuri) apabila anaknya menaiki takhta kerajaan yang turut memerintah negara komanwel (tanah bekas jajahan Britain).
Camilla, 74, berkata dia sangat tersentuh dan berasa sangat bertuah kerana dipilih menjadi Tuanku Permaisuri. - KitaReporters