MERANGKAK DI KELAS, KINI BERJALAN KE OSAKA

Published by
KitaReporters
KETIKA ramai meratapi cerita-cerita guru diperlakukan secara tak hormat dan biadab oleh ibu bapa, penjaga dan anak murid sendiri, seorang insan tampil membawa sedikit berita baik. Pemilik agensi pelancongan Razi Travel, Razi Jamit bermurah hati untuk membawa ustazah yang disuruh ‘merangkak’ untuk berjalan-jalan ke negara Jepun. : KitaReporters.com

Ustazah  yangdipaksa merangkak mendapat simpati pemilik agensi pelancongan yang akan membawanya bercuti ke Osaka, Jepun pada April 2020. - Kredit foto: Gempak.com

Menerusi laman sosial Facebooknya, Razi (https://www.facebook.com/razi.jamit) menyatakan hajatnya untuk membawa ustazah tersebut melihat keindahan bunga sakura di Osaka, Jepun  pada April 2020.

“Dari tadi saya cari Instagram/Facebook ustazah yang viral baru-baru ni. Dengar cerita dah berdamai. 

"Tak kisah lah apa pun, Saya selaku Pengasas Razi Travel Services nak bawa ustazah tu pergi ke Osaka, Japan bersama-sama dengan kumpulan trip saya bulan 4 ni untuk melihat keindahan bunga sakura.

“Kami memang ada satu seat kosong. Dari hari tu nak bawa siapa. Jadi ustazah, adalah insan istimewa dan terpilih. Minta kalian semua share kepadanya,” ujar Razi dalam Facebooknya. 

Razi Jamit. - Kredit foto: FB https://www.facebook.com/razi.jamit
Menurutnya, dia mahu memartabatkan kedudukan golongan pendidik terutamanya guru yang mengajar ilmu agama.

Pada Selasa, 25 Februari 2020, tular dalam media sosial cerita mengenai seorang ustazah diminta untuk merangkak oleh seorang ibu kerana didakwa telah mendenda anaknya.

Namun, persengketaan tersebut didedahkan kemudian telah diselesaikan dengan cara baik apabila ibu tersebut tampil memohon maaf dan berdamai.

Namun ustazah itu mendapat rezeki akibat kejadian itu apabila mendapat tawaran melancong ke Jepun.

Pakej melancong ke Osaka bagi 5 hari 4 malam berharga RM3,988.

Inilah apa yang dikatakan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku!!  Hanya manusia perlu banyak bersabar dan beristigfar.


Selepas dipaksa merangkak di dalam kelas, ustazah itu kini bolehlah jalan-jalan di Osaka. Antara pemandangan menarik di kota Osaka. - Kredit foto: Osaka.com

Sementara itu, dalam mesej terbaru dalam Facebooknya, Razi menulis: 

"Memang ada tempias kami terima. Alhamdulillah.

"Cuma ini memang secara kebetulan. Memang ada 1 tempat kosong untuk trip kami ke Osaka musim sakura 2020 ni. Dengan rasa perihatin kami nak belanja ustazah atas kesabaran dalam mendidik anak2 generasi kita. Itu sahaja.

"Dan janganlah kita kutuk atau kecam dsb kepada pihak ibu bapa tersebut dengan melampau. Cukup kita jadikan pengajaran dan tauladan untuk akan datang.

"Okay setakat ni saya dan ustazah dah berbalas mesej dalam aplikasi WhatsApp. InsyaAllah ada berita baik saya war-warkan."

Terima kasih Razi Jamit!! Kedudukan tinggi dan mulia guru-guru harus dikekal dan dipertahan. - KitaReporters.com

Harga Osaka Budget yang ditawarkan kepada ustazah itu. - Kredit foto: Instagram Razi Jamit
0
0
0
0
0

Copy Link: