TOLONGLAH IWK!! DAH TAK TAHAN LAGI BAU NAJIS
Published byMACAM mana agaknya setiap kali menjamu selera dengan anak beranak atau meraikan tetamu singgah ke rumah, terperasan hidung mereka macam 'kembang kempis' seolah-olah sedang mencari arah mana datangnya bau najis yang menusuk hidung. : KitaReporters.com
Longkang utama pelepasan air najis yang sudah dirawat
Bukan sehari dua dah berpuluh-puluh tahun masalah ini berlaku.
Setiap kali hujan lebat kawasan longkang di Taman Perumahan Bayu Permai, Rawang, penghuni taman ini dilanda keresahan akibat kumbahan dan air najis yang dirawat di loji Indah Water Konsortium (IWK) di tepi rumah mereka akan bercampur limpahan banjir.
Paling menakutkan sekali apabila air banjir kilat dan bercampur dengan air najis dari loji berkenaan akan masuk ke ruang letak kereta dan ke dapur menerusi pembetung persendirian di belakang rumah.
Chua...kita harap dapatcari jalan selesaikan
Penduduk Lorong BP11, Mustapha Rashid yang sudah lebih 10 tahun tinggal di situ berkata, setiap kali hujan jika berlarutan sejam setengah, pekarangan rumah akan dipenuhi air yang berbau najis.
"Terbaru ruang tamu rumah saya dah dimasuki banjir kilat. Habis kerusi meja dan barang di tingkat bawah ditenggelam air najis ni.
"Ini berlaku sebab taman perumahan sudah banyak dibina di sini dan mungkin ada di kawasan tertentu, longkang bawah tanah itu tersumbat," katanya.
Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Surau Bayu Permai mengundang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat untuk melihat keadaan loji rawatan IWK yang merembiskan sisa air najis selepas dirawat di loji itu.
Air itu dikatakan menjadi punca bau najis yang terpaksa mereka hidu sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.
Chua diberi taklimat ringkas oleh jurutera IWK
Penduduk meminta jasa baik Chua untuk menasihatkan IWK supaya menyegerakan proses menaik taraf loji berkenaan supaya setiap kali hujan terutama waktu malam, tidur malam mereka terganggu.
Sebenarnya sebelum ini penduduk sudah pun mengadu pada IWK tentang longkang yang mengalirkan air najis yang melimpah setiap kali hujan.
Malah longkang itu bukan saja berbau, tetapi juga dalam serta berbahaya kepada penduduk terutama kanak-kanak.
Mustapha berkata, dia pernah terjatuh ke dalam longkang itu dan cedera di beberapa bahagian badannya. Ini kerana penutup longkang itu pecah apabila dipijak.
Sekarang longkang itu sudah ditutup konkrit dan dipagar bagi menggelakkan kejadian berulang.
"Penduduk malu bila tetamu datang ke rumah atau tengah berselera makan minum, tiba-tiba hujan lebat dan seluruh taman ini ditenggelami banjir kilat yang berbau najis terutama waktu cuaca lembap.
Tu belum air najis ni masuk ikut pembetung kecil yang disediakan dalam setiap rumah itu. Kemudian air itu akan melimpah ke lantai dapur," katanya.
Chua cuma diberi taklimat ringkas oleh pegawai IWK, Hafizan Manan yang mewakili ketua jabatannya memberitahu IWK memang dalam perancangan menambah baiki loji berkenaan kerana sudah banyak aduan yang diterima.
Hafizan Manan
"Kami sedar keadaan bau yang menganggu penduduk dan kesulitan mereka terutama bila hari hujan.
"Sudahlah banjir kilat yang kerap berlaku, terpaksa pula berdepan dengan bau. Kami berharap penduduk dapat bersabar dan beri kami tempoh sedkit masa lagi," katanya. - KitaReporters.com