Ayuh derma segera! Dana PKP Siti Nurhaliza kurang RM70k lagi
Published byMaklumat ini disampai oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dalam akaun Instagramnya @ctdk.
Dana PKP bagi bahagian ‘Peduli’ telah disampai kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu 2,00 set peralatan perlingung diri (PPE) pada Khamis, 7 Mei 2020.
Sementara itu, penyanyi tersohor negara ini akan mengadakan Konsert Live PKP di rumah bahagian 3 pada hari Aidilfitri, Ahad, 24 Mei 2020.
Sementara itu, Siti Nurhaliza mengadakan peraduan Cabaran 7 Nasihat dalam TikTok bermula dari 11 Mei - 25 Mei 2020.
Video TikTok peserta yang paling menarik akan mendapat hadiah dari Universal Music Malaysia.
Menurut Siti, cara untuk menyertai peraduan ini ialah dengan mengikuti akaun TikTok Siti Nurhaliza dan Universal Music Malaysia.
Jangan lupa menggunakan hashtag #7nasihatchallenge.
Mudah! Anda sudah boleh terus bertiktok dengan 7 Nasihat!! - KitaReporters
@ctdk : Selamat Hari Ibu buat semua ibu tersayang..
Allah swt jagalah ibu , berikan ibu kesihatan yang baik, umur yang berkah, kebahagiaan bersama orang tersayang di sekelilingnya , ketenangan hati dan RahmatMu di dunia serta Akhirat .. Aamiin ya rabb