Analogi orang-orang tua ... 'Jangan bermain api boleh mencetuskan sengketa ... juga membawa padah dan musibah kemusnahan harta benda dan kemalangan jiwa - Kediaman keluarga warga emas, Shaari Ahmad hanya tinggal abu dan sisa binaan selepas dijilat api pada 4 Februari 2021. - Kredit foto: Penduduk Felda Jengka Lapan   


Terima kasih, kerajaan negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah.

Begitulah penghargaan serta gambaran raut wajah seorang warga emas, Shaari Ahmad, 80-an, kelihatan agak ceria dan gembira walaupun bersulam rasa muram apabila diziarahi Nazri Ngah di rumahnya yang terbakar di Felda Jengka Lapan, Jerantut pada 5 Februari  2021.

Shaari dan keluarganya menerima musibah apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang pada 4 Februari 2021.


Lagi kisah-kisah duka berkaitan kebakaran:

https://kitareporters.com/search?search=kebakaran


Nazri Ngah (kanan) bertanyakan sesuatu dan menenangkan Shaari Ahmad (kiri) ketika berziarah mangsa kebakaran itu di Felda Jengka Lapan, Jerantut pada 5 Februari 2021. - Kredit foto: FB Nazri Ngah 


"Mujurlah, saya dan cucu selamat dalam kejadian ini. Malahan, saya sendiri ketika kejadian api sedang marak dapat diselamatkan oleh beberapa orang penduduk.

"Saya bersyukur dan sangat berterima kasih serta terharu kerana wakil rakyat Pulau Tawar (Nazri Ngah), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kawasan Jengka dan penduduk di sini menyumbangkan pelbagai bantuan," katanya di 

Felda Jengka Lapan, Jerantut pada 5 Februari 2021.      


Hanya berpunca daripada pemetik api yang dinyalakan oleh seorang kanak-kanak menyebabkan sebuah kediaman peneroka musnah di Felda Jengka Lapan, Jerantut pada 4 Februari 2021. - Kredit foto: Penduduk Jengka Lapan   


NAZRI NGAH


Sementara itu, Nazri berkata, kerajaan negeri akan menguruskan bantuan secepat mungkin untuk keluarga Shaari supaya mereka dapat membina kehidupan baharu selepas musibah itu.

"Hari ini, saya menghantar beras, barang keperluan dapur, peralatan tidur, tikar dan sebagainya untuk keluarga mangsa ini.

"Insya-Allah, kerajaan negeri akan memberikan bantuan susulan dalam bentuk kewangan. Diharap Shaari dan keluarganya tabah menghadapi ujian Allah SWT," katanya di Felda Jengka Lapan.   

Menurut Nazri, pengurusan Felda Jengka Lapan juga telah menyediakan tempat tinggal sementara yang lengkap dengan dapur dan tandas untuk keluarga tersebut.


Nazri Ngah (depan, dua dari kanan) bersama pengurusan Felda melawat tempat tinggal sementara dan menyampaikan bantuan makanan dan peralatan tidur kepada mangsa kebakaran di Felda Jengka Lapan pada 5 Februari 2021. - Kredit foto: FB Nazri Ngah


Mengulas lanjut, Nazri berkata, Pejabat Perkhidmatan Masyarakat, DUN Pulau Tawar dan Felda Wilayah Jengka telah menubuhkan tabung bencana alam (kebakaran) untuk keluarga mangsa itu dan juga bagi manfaat semua penduduk Felda dan kampung di kawasan Pulau Tawar pada masa akan datang.   

Beliau juga mengingatkan penduduk dan pihak NGO supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan amalan norma baharu ketika berziarah serta menyampaikan bantuan kerana ketika ini negara masih lagi dalam tempoh Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP). 

Mengenai kejadian itu, menurut laporan portal PahangStory pada 5 Februari 2021, kebakaran itu berpunca daripada seorang kanak-kanak berusia enam tahun bermain pemetik api yang ditinggalkan oleh ahli keluarga di ruang tamu rumah dengan membakar kayu rumah. 


Kredit foto: Portal PahangStory 


Lapor PahangStory, dalam kejadian itu, keluarga berkenaan tinggal sehelai sepinggang, manakala seorang warga emas nyaris maut dan kemudiannya berjaya diselamatkan oleh penduduk.

Hal ini diceritakan sendiri oleh seorang ahli keluarga mangsa, Razali Mohd Azman, 56,  kejadian itu memusnahkan kediamannya dan sebuah motosikal serta merosakkan sebuah kereta dipercayai berpunca daripada anaknya yang bermain pemetik api. 

"Saya reda dengan ujian ini meskipun baru sahaja menggantikan barang-barang selepas rumah ditenggelami air banjir baru-baru ini, kini semuanya musnah dalam kebakaran," katanya kepeda PahangStory.


Seorang ahli keluarga sedang melihat kemusnahan sebuah kediaman mereka akibat kebakaran di Felda Jengka Lapan pada 4 Februari 2021. - Kredit foto: PahangStory


RAZAK DAUD - Kredit foto: FB Razak Daud


Dalam pada itu, gabungan Masjid Wilayah Felda, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan NGO serta pihak swasta telah tampil menghulurkan bantuan kepada warga emas dan keluarganya. 

Pengerusi Badan Masjid Wilayah Jengka, Abdul Razak Daud berkata, selain bantuan kerajaan negeri dan wakil rakyat (Nazri Ngah) semua masjid di Felda Wilayah Jengka juga membuat kutipan derma kilat bagi membantu membina semula rumah mangsa.

"Kita amat prihatin dan bersimpati dengan keluarga mangsa berkenaan dan semoga amal jariah ini dapat meringankan kesusahan mereka dalam tempoh  pemulihan ini," katanya di Jengka Lapan, Jerantut pada 5 Februari 2021.


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kawasan Jengka tampil membantu mangsa kebakaran di Felda Jengka Lapan pada 5 Februari 2021. - Kredit foto: PahangStory



Manakala, menerusi hantaran dalam laman sosial Facebook Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang pada 4 Februari 2021 menyebut pasukan Bomba Jengka yang dianggotai seorang pegawai dan sembilan orang anggota bersama bantuan jentera FRT dan ambulan EMRS telah menjalankan operasi pemadaman setelah menerima maklumat orang ramai.

Hantaran itu juga menyebut, anggaran kemusnahan melibatkan 70 peratus di kawasan kediaman seluas 50 x 30 kaki persegi.

"Pasukan bomba bertindak melakukan operasi pemadaman sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya. Tiada mangsa yang cedera semasa kejadian ....." tertera laporan dalam laman sosial tersebut. - KitaReporters

Anggota bomba dari Balai Bomba Jengka sedang memadamkan kebakaran kediaman Shaari Ahmad di Felda Jengka Lapan pada 4 Februari 2021. - Kredit foto: Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang  

2
0
3
0
0

Copy Link: