KEPRIHATINAN Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam melindungi rakyat di bawah pemerintahannya tidak perlu disangkal. Tahu sahaja rakyatnya berada di dalam kesukaran, pasti bantuan dihulurkan segera. Malah menjadi kelaziman kepada baginda untuk jelajah ke seluruh negeri di bawah jajahannya bagi bertemu mata bersama rakyat. : KitaReporters

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sering turun padang melihat rakyat dan membantu rakyat yang berada dalam kesusahan. 


Terbaru, baginda bertitah untuk membiayai kos membaik pulih Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HAS), Johor Bahru yang terbakar petang, semalam, Ahad 28 Jun 2020.

Perkara demikian dimaklumkan menerusi Facebook rasminya sambil menitah untuk melantik kontraktor bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dapat dimulakan segera dan segala kos pembaikan ditanggung sepenuh oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Beruntungnya rakyat Johor memiliki pemimpin yang sangat bertanggungjawab!

Daulat Tuanku!!!

RAKYAT tidak melepaskan peluang untuk bertemu secara dekat dengan Tuanku Johor ketika program Jelajah Negeri Johor yang dilakukan setiap tahun.



"Saya mahukan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Pengarah Kesihatan Johor serta Pengarah Bomba Johor bersama membincangkan segera pelan pembaikan yang akan dilakukan oleh kontraktor.

"Selalunya kos pembaikan jika dilakukan oleh kerajaan akan mengambil sedikit masa kerana terdapat sistem yang perlu dilalui dan saya tidak salahkan kerajaan, oleh demikian, saya mahukan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera," titah baginda.

Baginda sentiasa mengutamakan rakyatnya dan peranan YSIJ juga amat besar kerana sentiasa terlibat dalam membantu orang ramai dalam pelbagai perkara.

Komplek Wad Perempuan Hospital Sultanah Aminah yang dilaporkan terbakar pada 28 Jun 2020. - Kredit foto: Astro Awani


Semalam, Ahad 28 Jun 2020, kira-kira jam 3.08 petang, sebuah blok menempatkan Wad Perubatan Perempuan 1 di HSA mengalami kebakaran

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Ketika kejadian 52 pesakit berada dalam Kompleks Wad berkenaan dan daripada jumlah itu, 24 pesakit berada dalam wad yang terbakar berjaya diselamatkan oleh Pasukan Tindakan Pantas (Emergency Response Team).

PASUKAN bomba dan penyelamat bertungkus lumus mengawal keadaan selepas berlaku kebakaran di Wad Perempuan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. - Kredit foto: Johorkini.my.


Semoga perancangan Tuanku untuk membaik pulih hospital berkenaan dapat berjalan lancar, sekali gus dapat memberi kemudahan kepada rakyat di negeri berkenaan.

Moga Tuanku juga dilimpahi pahala oleh maha Pencipta dengan kebaikan yang dilakukan.

Menjunjung kasih Tuanku!!! - KitaReporters

 

3
0
0
0
0

Copy Link: