Dibadai satu ujian lagi! Bersabarlah penduduk Hulu Langat!
Published byIBARAT jatuh ditimpa tangga itulah yang berlaku kepada penduduk Hulu Langat beberapa hari lalu yang ditimpa musibah apabila penempatan di kawasan itu dilanda banjir kilat. Baharu nak memulakan kehidupan baharu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini di bawah PKP Bersyarat (PKPB), sekali lagi ditimpa musibah dan kali lebih teruk apabila tempat berteduh dan tempat menjadi rezeki dinaiki air yang sekali gus menyebabkan mereka kerugian besar. : KitaReporters
Kredit foto: FB Ustaz Zamri
Lagi cerita-cerita berkaitan banjir:
https://kitareporters.com/search?search=banjir
Perkongsian pengguna Twitter @FareezAzman berkongsi perasaan hiba seorang pemilik bengkel motosikal yang terpaksa reda apabila kedainya dinaiki air menyebabkan semua motosikal pelanggan rosak 'dimakan' air.
Bagi mekanik di Kampung Surai Serai, Misron Selamat sebanyak 30 buah motosikal pelanggannya rosak ditenggelami air.
Pemilik bengkel Sron Motor berkata, dia terpaksa reda dengan apa yang berlaku walaupun telah berusaha untuk menyelamatkan semua barangan milik pelanggan.
Kongsi lelaki berusia 53 tahun itu kejadian berlaku
dengan cepat dan air naik terlalu laju
menyebabkan dia sedaya upaya membawa motor ke tempat yang lebih selamat namun
air tetap naik menyebabkan dia terpaksa beralah.
“Air terlalu cepat naik jadi saya tak boleh buat
apa-apa, reda jela tak boleh cakap apa-apa,” katanya.
Dia kini berusaha membaiki semua motosikal pelanggan
namun terpaksa mengambil masa yang lebih panjang memandangkan terlalu banyak
kerosakan yang perlu dibaiki.
"Mana mampu yang dibuat kita buat dulu kalau tak mampu kita tinggal dulu dua atau tiga hari baru kita baiki lagi," akuinya yang pasrah dengan apa yang berlaku kepadanya.
Buat masa ini, katanya dia terpaksa mengambil deposit daripada pelanggan untuk membaiki motosikal jika banyak kerosakan yang berlaku.
Dia yang baharu memulakan semula perniagaan bengkel
motosikal selepas beberapa bulan menangguhkan operasi perniagaan disebabkan PKP.
Sabarlah...berat mahu memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
KEADAAN selepas banjir kilat, pendudk terpaksa membersihkan dan membasuh barangan di rumah masing-masing - Kredit foto: Twitter @FareezAzman.
Hujan lebat yang berterusan sejak petang 3 November 2020 di Hulu Langat menyebabkan kira-kira 400 buah rumah di 10 buah kampung serta taman perumahan di kawasan itu dinaiki air setinggi 0.45 meter.
Sejak semalam, semua penduduk sudah mula mengeluarkan barangan dan membersihkan kediaman masing-masing yang teruk dilanda banjir kilat.
Sabarlah semuanya sudah ketentuan, pasti ada hikmah di sebalik kejadian .
Ingatlah pesan Ustaz Ebit Lew bahawa di sebalik ujian pasti ada rahmat-Nya dan semua yang berlaku semuanya kerana Allah sayang.
Kini tibalah masa pihak yang tertentu menunaikan tanggungjawab! Bantulah apa yang patut! - KitaReporters
PENDUDUK memilih barangan yang boleh digunakan semula selepas kejadian banjir kilat melanda 400 buah rumah di 10 buah kampung serta taman perumahan di Hulu Langat, 4 November 2020.