Video| Kasih Rose Hu! 2 tahun berjuang dapat hak jaga anak!
Published byISU perebutan anak sering berlaku apabila penceraian berlaku, sama ada isteri atau suami masing-masing akan pertahankan hak untuk membesarkan anak di depan mata mereka. Perkara sedemikian akan menyebabkan anak menjadi mangsa dan menjejaskan persekitaran anak dan bakal menjalani kehidupan dalam keadaan ketakutan. : KitaReporters
PERJUANGAN selama ini berhasil selepas hampir dua tahun tidak berjumpa anaknya. - Kredit foto-foto: Gulfnews.
Lagi kisah-kisah perceraian:
https://kitareporters.com/search?search=perceraian
Perkara sama berlaku kepada seorang ibu muda dari Malaysia yang mempertahankan haknya sebagai ibu dan ingin hak penjagaan anak sehingga menjadi tular di seluruh dunia.
Memetik laporan The National News, wanita yang hanya mahu dikenali Rose Hu dan berasal dari Malaysia sangat gembira apabila berjaya mendapat hak penjagaan anaknya selepas dilarikan bekas suaminya sejak dua tahun lalu.
Malah pertemuan dua beranak itu berjaya disatukan dengan bantuan pihak berkuasa di ibu pejabat polis Dubai.
KEMBALI bersama anak lelaki tunggal selepas berjaya dalam pernjagaan hak anak selepas dilarikan bekas suami.
Menerusi perkongsian dalam Twitter @The National, ibu muda itu berkata dia tidak bertemu dengan anak lelaki yang kini berusia Sembilan tahun sejak dua tahun lalu.
Malah lebih membahagiakan dirinya, Rose berjaya mendapat hak penjagaan anaknya dan mahkamah Status Status Peribadi Dubai memerintahkan bekas suaminya untuk menyerahkan penjagaan anak kepada dirinya.
“Saya berjuang seorang diri di mahkamah di Malaysia dan juga di Dubai selama tempoh itu dan pada April 2020 keputusan telah dikeluarkan, namun ketika itu berlangsung PKP menyebabkan saya tidak dapat ke Dubai.
“Selepas pintu sempadan dibuka kepada pelancong, saya
terus ke Dubai untuk mengambil anak lelaki tunggal, namun bapanya menghilangkan
diri bersama anaknya,” kongsinya.
Namun wanita berusia 38 tahun itu bernasib baik kerana
pihak berkuasa Dubai sanggup bekerjasama dan hampir empat bulan mereka berusaha keras untuk mendapatkan anak lelaki tunggal daripada bekas suaminya.
Terdahulu, pada Disember 2018, bekas suaminya ada
menghubungi dan memberitahu untuk mengambil anaknya bercuti ke Dubai.
Malangnya apabila sampai di Dubai langsung tiada
khabar berita menyebabkan ibu muda itu tidak keruan.
Kini perjuangannya berhasil dan anaknya pula berada di depan mata. Syukurlah semuanya selamat. - KitaReporters