Penyanyi reggae yang popular awal 1990-an, Poe Rampa, 64, atau Mohd Fauzi Ahmad, meninggal dunia jam 12.30 tengah hari ini, Jumaat, 12 Jun 2020 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah jantung dan kompilasi beberapa penyakit lain. : KItaReporters

Poe Rampa meninggal dunia kerana kompilikasi pelbagai penyakit.

Poe dan Zainal menubuhkan kumpulan Rampa (singkatan rambut panjang) dengan menumpukan lagu-lagu kritikan sosial. 

Antara lagu yang paling popular ialah ‘Ala La La Tok (Jangan Saman)’  pada 1994.

Pada awal hingga pertengahan 1990-an, Rampa merupakan antara penyanyi duo popular dengan identiti mereka sebagai pemuzik dan penyanyi rakyat.

Sebelum bergiat sepenuh masa sebagai penyanyi, Poe merupakan kartunis, bekerja dengan majalah ‘Gelihati’ pada tahun 1980-an.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak. Poe sudah lama sakit dan sudah beberapa kali keluar masuk hospital. 

Poe (kiri) dan Zainal (kanan) menganggotai Rampa sejak lebih 30 tahun dulu. - Kredit foto: Poerampa.


Menurut isterinya, Nor Aishah Zakaria, 54,  pada mulanya Allahyarham suaminya dimasukkan ke Hospital Selayang sejak minggu lalu akibat masalah jantung, buah pinggang dan hati yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu.

Sepatutnya semalam, 11 Jun 2020, Poe  dibawa  ke Klinik Kesihatan untuk ambil darah, tetapi dibatal kerana kaki dan tangannya bengkak membuatkan dia sukar untuk bangun.

Menurut Nor Aishah, suaminya tidak boleh makan dan  sukar untuk mengangkatnya kerana tubuhnya agak berat.

Melihatkan keadaannya yang lemah, anaknya  menghubungi ambulans untuk membawanya ke HKL, memandangkan rumah mereka tidak begitu jauh dari HKL.

Ketika dibawa ke hospital, Poe membayangkan dirinya akan pergi kerana merasa ada kelainan pada dirinya. 

Dia dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedar diri.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor. - KitaReporters


1
0
4
0
0

Copy Link: