Video| Akibat hubungan terlarang! Isteri minta kekasih gelap bunuh suaminya ketika bercumbuan!

Published by
KitaReporters

NK ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Bantul, pada Selasa, 20 April 2021. - Kredit foto: Tribune News.


POLIS berjaya membongkar punca pembunuhan seorang pemilik kilang kuali, Budiyanto, 38, di Bantul, Yogyakarta, Jawa Timur pada Selasa, 30 Mac 2021 lalu setelah siasatan lanjut dilakukan terhadap dua suspek.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Daerah Bantul, AKP Ngadi, siasatan terkini mendapati, ia berpunca daripada hubungan sulit antara dua  suspek, KI, 30, dan NK, 22. KI adalah isteri mangsa, sementara NK adalah sepupu mangsa yang juga kakitangan di kilangnya. 

Ngadi berkata, KI adalah perancang utama pembunuhan itu.


Lagi cerita-cerita seram berkaitan pembunuhan


NK (kanan) dan KI ditunjukkan kepada media pada Selasa, 20 April 2021. - Kredit foto: Tribune News.


Hasil siasatan terkini, pihak polis memperoleh maklumat bahawa KI meminta NK menamatkan nyawa suaminya. Dia lalu meminta  NK menyorok di dalam rumahnya sejak pukul 2 petang pada hari kejadian.

Tidak lama kemudian KI dan Budiyanto pulang. KI memancing suaminya untuk mengadakan hubungan seks. 

Dan ketika sedang mengadakan hubungan kelamin itu, NK muncul bersama seutas dawai dengan menjerut dari belakang. Mangsa sempat menjerit, namun NK pantas bertindak dengan menekup mulut mangsa hingga hilang nyawa.

Mangsa kemudian dibungkus dengan cadar dan dibawa ke dalam garaj dan dibiar sehingga jam 11 malam. Selepas itu, KI meminta NK membawa keluar mayat mangsa bersama beberapa barang bukti.

NK lalu memandu kereta mangsa dan membuang barangan bukti di beberapa tempat dan kemudian mencampak mayat mangsa ke Sendayu, puluhan kilometer dari rumah mangsa.

Setelah itu, KI membuat laporan kehilangan suaminya berserta kereta mewahnya.



Siasatan awal polis mengesyaki NK terlibat dalam kehilangan tauke kilang periuk itu dan kedua-duanya didapati tidak mempunyai hubungan baik walaupun kedua-duanya sepupu.

NK akhirnya mengaku membunuh dan menunjukkan tempat mangsa dibuang. Melalui pengakuan NK, didapati perancang pembunuhan adalah kekasih gelapnya iaitu KI.

Tambah NK, dia memang berdendam dengan mangsa kerana mangsa juga pernah mengugut untuk membunuh NK setelah mengesyaki NK mempunyai skandal dengan isterinya.

Sementara itu, KI mengaku sudah hilang  perasaan cinta terhadap suaminya.

Kedua-duanya akan dituduh melakukan pembunuhan terancang dan jika didapati bersalah boleh dipenjara hingga 20 tahun. 

Kedua-dua suspek ditunjuk kepada petugas media dalam sidang media di ibu pejabat Polis Mantul pada Selasa, 20 April 2021. - KitaReporters


0
3
8
1
2

Copy Link: