SUARANYA sangat lemah dan sekali sekala kedengaran bunyi siulan dari mesin oksigen yang terpaksa digunanya setiap hari sejak kebelakangan ini.

Dengan nada sayu katanya, “saya hanya berserah pada Tuhan sahaja. Usaha apa yang patut… makan ubat doktor bagi. Itu sahaja mampu saya buat. Lain tak mampu, nak jalan pun tak mampu nak berdiri pun tak mampu lama-lama.

Itulah andai saya pergi dahulu nanti maafkan saya. Saya pun tak tahu berapa lama lagi, saya hanya berserah pada Tuhan,” kata penulis lirik dan pendakwah, Bob Lokman, 58, atau disapa sebagai Haji Bob ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kehidupan Bob Lokman

Keadaan terkini Bob Lokman

Menurut Bob, keadaannya sangat lemah sehingga beliau tidak boleh bergerak atau banyak bercakap kerana kadar penggunaan bateri jantungnya hanya mampu sehingga 10 peratus sahaja

“Semua urusan rumah dan sara hidup sekarang saya terpaksa serah pada isteri (Relawati Daud, 44). Dia dan anak buat serunding untuk jual. Ada juga ihsan daripada mereka yang simpati,” katanya.

Menurut Bob, lantaran masalah kesihatannya itu juga beliau terpaksa menangguh rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah pada 27 Jun 2022 lepas.

“Macam mana saya nak pergi dari Kelantan ke Alor Setar ambil masa berjam-jam sedangkan saya nak pergi hospital di sini pun tak boleh. Saya tak boleh naik kereta lama-lama sejam pun rasa sesak nafas.

“Oksigen yang saya guna ini pun tak boleh bertahan selama itu. Apa nak buat memang saya tak mampu nak ke sana sini lagi. Ubat pun saya minta pihak hospital poskan,” ujar pemilik nama sebenar, Mohd. Hakim Lokman ini.



Bob sebelum ini terpaksa menghentikan rawatan masalah jantung di Institut Jantung Negara (IJN) sebelum ini kerana tidak mampu membiayai kos yang tinggi.

“Cuma beberapa hari sahaja saya di IJN selepas dapat rawatan di Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Antarabangsa Malaysia, Kuantan di Pahang selama dua minggu sebelum Aidilfitri.

“Kos di IJN pun lebih RM4,500, mulanya ada orang kata nak biayai tetapi bila sampai IJN dia menghilang… saya tak mampu sebab itu terpaksa balik rumah,” katanya yang menetap di Kubang Kerian, Kelantan.

Dalam pada itu menurut Relawati, mereka sekeluarga kini bergantung kepada hasil jualan serunding dan katering sahaja termasuk membiayai rawatan suaminya itu.


Bob Lokman sekeluarga bergantung hidup dengan jualan serunding daging

Bob penulis lirik lagu popular, Isabella dan Taman Rasyidah Utama ini pernah menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di HSB pada 2020.

Mereka yang ingin memberi sumbangan kepada Bob Lokman untuk membiayai kos rawatannya boleh berbuat demikian melalui akaun milik isterinya, Relawati Daud menerusi akaun Maybank bernombor 162348359386. - KitaReporters

13
12
0
10
1

Copy Link: