Video| Kerana fobia, ibu belajar memandu 30 tahun! Ikuti 1k kelas, belanja RM58k! Masih gagal!
Published byDari seorang berusia remaja dan kini Isabelle Stedman, 47, sudah 30 tahun belajar memandu dan telah menghabiskan 1,000 kelas belajar sehingga mengeluarkan wang sebanyak £10,000 (RM58,000) untuk kelas memandu.
Wanita itu mula belajar memandu ketika berusia 17 tahun dan kini sudah mempunyai dua anak, tetapi masih tidak mempunyai lesen memandu.
Ia kerana Isabelle mempunyai fobia apabila diuji memandu kenderaan. Dia mempunyai sifat gemuruh apabila memasuki kereta ketika diuji.
Menurut laporan Daily Star, sepanjang latihan memandu dia tidak pernah mengalami kemalangan.
Namun apabila diuji oleh juruuji, perasaan gemuruh dan berpeluh tiba-tiba datang, malah dia boleh jadi tidak sedar diri ketika diuji memandu. Akibatnya setiap kali ujian, dia gagal.
...
Pernah ketika ujian dijalankan, juruuji meninggalkannya di tepi jalan dan membawa pulang kereta ujian ke tempat ujian memandu akibat kejadian fobia Isabelle.
Namun setelah mengambil kursus memandu khas dan menjalani terapi fobia, wanita berusia 47 tahun ini masih tidak lulus ujian memandu. Bagaimanapun, beliau berputus asa.
Setelah lulus ujian, si ibu ini bercadang membawa dua anaknya Dominic, 22, dan Stella, 17, melancong ke seluruh England dengan memandu kereta. - KitaReporters