Jom derma! Misi amal, kemanusiaan BADIM di Thailand, Kemboja
Published byWALAUPUN banyak urusan tergendala berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menyekat penularan wabak Covid-19, Badan Didikan Islam UDA Holdings Berhad (BADIM) tetap komited meneruskan misi kemanusiaan. Misi kemanusiaan BADIM yang bergerak aktif sejak penubuhan awal 80-an lalu bukan sahaja di dalam negara malah menjangkau ke luar negara seperti membabitkan beberapa negara ASEAN iaitu Kemboja danThailand. : KitaReporters
Bersesuaian dengan tumpuan kepada pendidikan Agama Islam, BADIM banyak terbabit dalam misi kemanusiaan membina dan membaiki masjid, surau dan pusat atau pondok pengajian agama, membekalkan kitab, risalah agama, wakaf Al-Quran serta mengagihkan wang zakat di samping menghulur bantuan untuk mereka yang ditimpa bencana alam.
Dana yang terkumpul bagi misi kemanusiaan BADIM adalah sumbangan pelbagai pihak di Malaysia seperti badan atau syarikat korporat, tokoh-tokoh korporat, jemaah masjid atau surau dan orang perseorangan termasuk kakitangan UDA sendiri apabila misi itu diuar-uarkan dalam media sosial dan sebagainya.
Azhar Yop
Timbalan Pengerusi BADIM, Azhar Yop, berkata pihak yang memerlukan bantuan misi kemanusiaan itu akan terlebih dahulu diminta mengemukakan surat permohonan dan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa di tempat mereka.
Menurutnya,
beliau dan beberapa sukarelawan BADIM akan membuat lawatan ke tempat pihak
terbabit bagi mendapatkan kepastian serta mengenal pasti bantuan yang
diperlukan sebelum menguar-uarkan dalam media sosial bantuan yang diperlukan.
Masjid Ibadurrahman, Kampung Kuwe di Narathiwat, Thailand berjaya disiapkan pembinaannya hasil misi kemanusiaan BADIM baru-baru ini.
Katanya, BADIM sudah berjaya menghulurkan bantuan untuk menyiapkan pembinaan Masjid Ibadurrahman, Kampung Kuwe di Narathiwat, Thailand yang mendapat kerjasama dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Madrasah Ad Diniah di Batu 10, Cheras, Selangor yang diketuai mudirnya, Zakaria Awang.
“Misi
kemanusiaan BADIM itu juga berjaya menyediakan 118 wakaf pam air yang
dilaksanakan dalam fasa ke-2 untuk penduduk miskin dan asnaf Kampung Chhnang,
Kemboja yang selama ini hanya bergantung kepada air hujan untuk kegunaan
harian.
Azhar Yop dan Zakaria Awang (kanan) mencuba pam air yang sudah siap dipasang di Kampung Chhnang, Kemboja sebelum PKP dilaksanakan.
“Dua misi kemanusiaan itu dilaksanakan tahun lalu bagaimanapun berikutan PKP saya dan sukarelawan BADIM tidak dapat berkunjung ke lokasi terbabit dan hanya mendapat laporan serta gambar yang dihantar pihak berkenaan sebagai bukti misi itu sudah berjaya,” katanya.
Azhar
berkata, selain itu BADIM juga sedang menghulurkan bantuan untuk menyiapkan
pembinaan Masjid Sekolah Buranasart Islam Vittaya, Narathiwat dan Masjid
Kampung Tali Air, Yala, Pattani, Thailand.
Kerja-kerja menyiapkan pembinaan Masjid Sekolah Buranasart Islam Vittaya, Narathiwat juga mendapat bantuan misi kemanusiaan BADIM.
Katanya, pembinaan masjid sekolah berkenaan kini dalam peringkat terakhir untuk disiapkan, manakala Masjid Kampung Tali Air masih dalam perbincangan termasuk menyiapkan pelan tapak selepas dirancangkan tahun lalu.
“Bagi misi
kemanusiaan wakaf pam air di Kemboja itu kempen untuk mendapat bantuan masih
lagi diterima selepas dilancarkan awal Februari 2020 lalu dan dijangka berakhir
hujung tahun (2020) ini dengan harapan dapat menyediakan kira-kira 300 pam air di
kampung berkenaan.
Sukarelawan BADIM, Zainol Khalid (kiri) dan Azhar melihat pelan pembinaan Masjid Kampung Tali Air, Yala, Pattani ketika berkunjung ke kampung itu sebelum PKP.
“Mereka yang berminat mendapatkan maklumat lanjut misi kemanusiaan BADIM boleh menghubungi saya (Azhar Yop) menerusi nombor telefon 011-56894236 atau sukarelawan Zainol Khalid 013-3605129,” katanya. - KitaReporters