Terima kasih Rumah Ngaji! Bantu pengebumian bayi! Kerana miskin, ibu hanya mampu dakap jenazah!
Published byRUMAH setinggan yang didiami tiga beranak itu di Kampung Bangau-Bangau di Semporna, Sabah. - Kredit foto: FB Sandakan Community Care
TERUJI dengan kemiskinan hidup seorang ibu muda terpaksa menunggu semalaman bagi menguruskan jenazah anak lelakinya yang disahkan meninggal dunia kerana demam panas.
Lebih menyanyat hati dalam tempoh tersebut, si ibu muda itu
hanya memeluk jenazah anak kecil itu tanpa membuat apa-apa kerana buntu memikir
cara menguruskan jenazah berkenaan.
Namun aturan sang Pencipta sangat hebat… Dia hadirkan seseorang untuk membantu walaupun tidak dikenali dan bukan darah daging sendiri.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bayi
JENAZAH bayi tiga bulan yang hanya dibalut kain batik dan dipeluk semalaman oleh ibunya selepas buntu memikirkan untuk dikebumikan berikutan kesempitan hidup.
Kisah meruntun hati itu dikongsi oleh Pengasas Rumah Ngaji, Laili Basir yang bertanggungjawab membantu menguruskan jenazah bayi lelaki berusia tiga bulan itu bersama tiga lagi guru agama di kampung Bangau-Bangau, Semporna di Sabah.
Menurut Laili, kesusahan yang dilalui ibu muda itu diketahui seorang daripada sukarelawan dari Rumah Ngaji yang melihat ibu berkenaan menangis sendirian di hadapan rumahnya di kawasan setinggan berkenaan.
Lalu sukarelawan itu ringan mulut untuk bertanya
keadaan sebelum wanita itu mengaku anaknya yang berusia tiga bulan meninggal
dunia akibat demam panas.
Wanita itu memaklumkan bayinya sudah meninggal dunia, namun
dia tidak mampu menguruskannya kerana kesempitan wang.
Allahu…sedihnya!
Kredit foto: FB Sandakan Community Care
Terdahulu, wanita itu yang tinggal di rumah setinggan bersama
seorang lagi anak perempuannya yang berumur dua tahun ada meminta bantuan
daripada penduduk setempat, namun hampa kerana tiada yang sudi untuk
membantunya.
Keadaan itu menyebabkan wanita tersebut trauma untuk
meminta bantuan daripada jiran-jiran di sekelilingnya.
Tambah Laili, keluarga itu mengalami kesusahan selepas suaminya dihukum penjara selama setahun kerana masalah dadah.
Kini dua beranak itu dibantu oleh Rumah Ngaji yang menyediakan barangan asas selama dua bulan dan bantuan lain.
Syukur ada yang masih sudi membantu! Semoga ada sinar baharu untuk dua beranak itu dalam meneruskan kehidupan.
Ingatlah hidup di dunia ini penuh ujian tapi semua itu sebab
Allah sayang kepada kita dan mahu kita bermunajat dengan-Nya, lalui dengan
tenang dan diringi usaha serta doa.
Terima Kasih Rumah Ngaji! - KitaReporters
SUKARELAWAN Rumah Ngaji bersama tiga guru agama bertanggungjawab menguruskan jenazah bayi tiga bulan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di kampung berkenaan.
.