T

SEBAHAGIAN penggiat  seni yang menerima penghargaan sempena Anugerah Fesyen, Peragaan dan Peraduan 2022 yang berlangsung meriah di Parkroyal Collection Kuala Lumpur pada 17 Januari 2023 lalu. - Kredit gambar: NSP production Studio


TIGA industri besar iaitu fesyen, peragaan dan peraduan memainkan peranan penting membawa nama negara ke persada dunia, tanggungjawab itu tidak akan tercapai tanpa mereka yang menjadi tulang belakang yang mewarnai industri berkenaan.

Menghargai kerja kuat mereka sepanjang tahun lalu (2022), seramai 60 penggiat dirai pada Anugerah Fesyen, Peragaan dan Peraduan Malaysia (MFMPA) 2022  pada 17 Januari 2023 lalu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pemberian anugerah


Antaranya beberapa nama besar dalam industri termasuklah penyanyi Wani Kayrie; aktres  jelita Adeline Tsen, Asyraf Nasir, DJ Leng Yein, Jang Han-Byul dan juga Kid Inn serta dan beberapa nama lain yang aktif dalam dunia fesyen dan peragaan.



Bagi Pengasas dan Presiden Fesyen, Peragaan dan Peraduan Malaysia (MFMPA), Dr. Jason Hee berkata, Anugerah MFMPA adalah satu-satunya anugerah dalam negara yang menggabungkan penggiat dan bakat tempatan yang menyumbang kepada industri sekali gus mendorong bakat lebih menyerlah pada peringkat Asia.  

“Penganjuran MFMPA 2022 bertujuan untuk mempromosikan tawaran terbaik di Malaysia dengan mengiktiraf penyumbang penting kepada industri fesyen dan peragaan. 

“Dengan pengenalan anugerah ini, kita berhasrat untuk menjana permintaan yang besar untuk bakat, produk dan perkhidmatan Malaysia di seluruh dunia dengan memanfaatkan pengaruh duta tempatan yang diiktiraf pada acara utama,” katanya.



Majlis yang dirasmikan Setiausaha Bahagian (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Dr Tan Awang Besar, yang berlangsung meriah di Parkroyal Collection Kuala Lumpur. 

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim.



Sementara itu Prof Md nasir pula berkata, Finas sangat menghargai usaha yang lakukan MFMPA 2022 bagi menonjolkan bakat dan kebolehan yang ada dalam negara kita. 

Katanya  FINAS juga  sedang berusaha keras untuk mengeksport bakat dan kandungan tempatan tempatan ke luar negara untuk mempamerkan budaya, tradisi, dan keindahan keseluruhan Malaysia.



"Saya percaya bahawa Malaysia tidak jauh daripada mencapai potensi penuhnya, dan kami gembira untuk mempunyai usaha seperti MFMPA yang boleh memupuk dan mengembangkan industri melalui pelbagai cara.

"Duta Besar MFMPA memainkan peranan penting untuk mewakili Malaysia pada skala antarabangsa, dan teruja untuk melihat hasil positif yang boleh kita bawa sebagai satu negara, dengan bekerjasama.” katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan. - KitaReporters



11
10
0
15
0

Copy Link: