Video| Bernasib baik! Raja Charles nyaris dibaling telur! Patung lilin di Tassauds pula dilumur kek!
Published byIMEJ Raja Charles III hampir saja tercemar apabila empat biji telur ayam dilempar oleh seorang penunjuk perasaan sambil dia melaungkan dakwaan England dibina dengan titisan darah dan keringat hamba abdi.
Ketika kejadian itu Raja Charles dan Camilla sibuk bersalam-salaman dengan datuk bandar dalam satu majlis di Micklegate Bar, York sambil diiringi sekumpulan pasukan pemuzik yang berpakaian sejarah dipanggil The York Waits pada 9 November 2022.
Ini kali kedua pasangan diraja itu diaibkan kerana sebelum ini patung lilin Charles yang dipamerkan di Muzium Madame Tassauds dipalit (dilumur) dengan kek cokelat oleh aktivis yang berpakaian kameja-T 'Just Stop Oil'. Mereka meminta kerajaan itu kawal harga minyak dan gas.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Raja Charles III dari England
NDTV melaporkan Polis Metropolitan Police menahan empat aktivis itu yang dikatakan melaungkan bantahan harga minyak tersebut. Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 24 Oktober 2022.
Apabila satu klip video yang dimuat naik dalamTtwitter menunjukkan aktivitis itu menuju ke ruang pameran dan mengadap patung lilin Raja Charles III yang berdiri di sebelah Camilla, Putera William dan Kate Middleton.
Mereka kemudian membuka baju berwarna hitam dan dengan memakai kameja-T putih bertulis, 'Just Stop Oil'. Tidak lama kemudian kedengaran mereka melaungkan "masa untuk bertindak" dan terus melumuri muka raja dengan kek.
Kali kedua itu berlaku bila empat biji telur dilemparkan kepada pasangan yang bakal ditabalkan naik takhta pada awal Mac 2023.
Media MailOnline melaporkan Patrick Thelwell, 23, ditahan oleh polis dan dilepaskan dengan ikat jamin.
Dia dipercayai aktivitis kumpulan Extinction Rebellion yang pernah menjadi calon dalam pilihan raya tempatan pada 2019, mewakili Green Party bagi kerusi Hull Road Ward di York.
Patrick Thelwell ... marah kerana dakwanya England dibangunkan oleh hamba abdi.
Dihumbankan ke tanah. Patrick ditahan selepas berkelakuan biadab pada raja.
Tiba-tiba bunyi bising dengan jeritan booo oleh penunjuk perasaan dan masa itu juga empat biji telur kelihatan 'berterbangan', dua daripadanya melepasi raja dan jatuh berkecai dekat kakinya, Dua biji lagi hampir mengenai seorang tetamu kenamaan yang sangat marah.
Rakaman video menunjukkan Charles selamat. Dia tidak memberi reaksi yang mencemaskan kerana selamba saja melihat telur yang jatuh dan pecah.
Polis di North Yorkshire mengesahkan lelaki itu ditahan atas dakwaan mengganggu ketenteraman awam. Bagaimanapun dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.
Terlepas kelihatan sebiji telur yang dilemparkan tapi tidak terkena raja.
Patrick dihumban ke tanah dan ketika bergelut dengan polis, dia melaungkan negara itu dibina dengan darah dan keringat hamba abdi.
Penonton berhampiran berteriak, 'God save the king (lagu rasmi England - Tuhan Selamatkan Raja) dan sesetengah itu pula menyindir lelaki itu dengan kata-kata "padan muka kau!" ( 'shame on you'.)
Patrick adalah Presiden Masyarakat Berkebun di Universiti York, mempunyai blog yang sering membangkitkan isu-isu alam sekitar termasuk mengenai perubahan iklim, (Raja Charles adalah antara aktivitis alam sekitar) dan dia juga seorang pelajar dalam proses pengajian Doktor Falsafah PhD di bidang Interdisciplinary Global Development.
Sebelum ini dia memuat naik ciapan dalam Twitter tidak akan tunduk hormat kepada raja palsu selepas Ratu Elizabeth II mati. - KitaReporters
Telur yang jatuh ke tanah.