Video| Dulu abang ipar, kini suamiku! Dilamar jadi isteri setelah kakak meninggal! Macam drama pulak!

Published by
KitaReporters


Jodoh adalah ketentuan Ilahi. Jadi peIbagai keadaan boleh menjadikan si dia menjadi pasangan hidup kita. Begitulah hal yang dialami oleh Sinta Febi Lestari dan Rangga.

Pada 2015, Rangga berkahwin dengan kakak Sinta. Ketika itu perasaan Sinta terhadap Rangga hanya sebagai abang ipar dan sempat bergambar bertiga pada hari perkahwinan itu.


Ketika itu kedua-duanya kurang berkomunikasi kerana Sinta menuntut di tempat lain.

Namun perubahan hidup mula berputar sebaliknya. Ia bermula pada Oktober 2021, kakaknya disahkan mengidap kanser payudara.

Sejak Mac 2021, sudah tumbuh benjolan tetapi kakaknya tidak berani menemui doktor sehingga sakitnya semakin parah.


Pada 2022, si kakak dipaksa mendapatkan rawatan di hospital. Shinta setia mendampingi kakak kesayangannya di hospital bagi memberi semangat terutama setelah menjalani kimoterapi.

Namun pada Oktober 2022, kakak kandung Sinta meninggal dunia dengan meninggalkan seorang anak. Ia membuat  Rangga menjadi duda beranak satu.

Gambar pada 2005 memperlihat Shinta (kanan) bergambar pada hari perkahwinan Rangga dan kakaknya. - Kredit foto: Detik.com

Setelah beberapa waktu berlalu, Rangga berhasrat untuk berkahwin lagi bagi menghiburkan dirinya dan mengawasi anak tunggalnya.

Dalam fikirannya terbayang diri adik iparnya Shinta. Ini kerana tidak salah mengahwini adik ipar setelah berpisah mati atau hidup dengan isteri. Lalu ibu bapa Rangga melakukan risikan.

Ketika itu Shinta dalam dilema kerana masih belajar tetapi dalam masa yang sama sayang kepada anak buahnya yang akan mendapat asuhan lebih sempurna jika dia menjadi ibu tirinya.

Shinta dan Rangga ketika sudah sah sebagai suami isteri

Akhirnya Shinta menerima lamaran Rangga dan tidak meneruskan kuliah. Kedua-duanya menjadi suami-isteri pada 17 Oktober 2023 di Kota Sangatta, Kalimantan Timur.

Kisah ini mulai tular setelah Sinta memuat naik kisah dan beberapa foto melalui akaun TikTok @sntafby__. Sinta memperlihat foto ketika perkahwinan Rangga dan kakak kandungnya pada 2015. Sinta berada di sebelah kakaknya.

TikToknya sudah ditonton lebih 6.6  juta kali. - KitaReporters

12
11
0
14
0

Copy Link: