Hampir 600 orang, 6 generasi berkumpul! Sambutan Hari Keluarga Waris Embah Fatah Fatimah kali ke-9!
Published byBacaan Yasin dan doa tahlil.
Oleh SAADULLAH MAS'OD
Hari keluarga merupakan program kekeluargaan yang di tunggu-tunggu dan teramat penting bagi semua keluarga waris Allahyarham Abd Fatah Chakradepa dan Allahyarham Fatimah Muhammad.
Ia mampu memberikan peluang setiap anggota keluarga untuk kenal mengenali antara satu sama lain, terutama keluarga yang berjauhan seperti keluarga berada di selatan seperti Johor, di utara seperti di Perlis bahkan yang dari Sabah dan Sarawak.
Pada sambutan kali ke-9 ini, keluarga Abu Mat Suaud @ Mas’od dan Hartini yang merupakan anak ke-7 telah diamanahkan untuk menjadi pelaksana serta tuan rumah bagi sambutan yang ditunggui saban tahun.
Perhimpunan keluarga Waris Embah Fatah Fatimah (WEFF) ini telah diadakan di De Moccis Lake Resort di Changkat Jong, Teluk Intan, Perak pada 11 Mei 2024.
Bagi mengeratkan silaturrahim serta ukhuwah dalam kalangan setiap ahli keluarga besar, pelaksana juga tuan rumah mahu supaya tiada ahli keluarga yang terasing tertinggal daripada mengikuti program yang telah kesatuan keluarga besar rancangkan.
Program yang telah dirancang serta disusun sebaiknya sejak beberapa bulan itu berlangsung meriah dengan pelbagai kelainan ditampilkan pada kali ini.
Program yang bertemakan “Keluargaku Harapan Semua” telah menghimpunkan seramai 590 ahli keluarga daripada 10 adik beradik membabitkan 6 generasi terdiri daripada cucu, cicit, piut dan seterusnya yang berumur 2 bulan dan 86 tahun hadir bagi memeriahkan hari keluarga.
Penyelaras Program Hari Keluarga WEFF juga sebagai setiausaha Persatuan Keluarga WEFF, Saadullah Mas’od, berkata pemilihan lokasi untuk hari keluarga ini bertepatan dengan kemudahan sedia ada yang amat sesuai untuk aktiviti keluarga di samping suasana tempat program yang ala-ala kampung.
Ini dapat mengembalikan nostalgia kenangan masa silam pada program hari keluarga itu.
Kehadiran luar jangkaan itu menandakan sifat semangat satu hati “bersolidariti” terbaik ditunjukkan oleh semua ahli keluarga untuk terus kukuh erat dan akrab dalam bersilaturahim di samping semangat ingin tahu susur galur keturunan sesama keluarga.
Menurut Pengerusi Program Persatuan Keluarga WEFF, Ahmad Kidzbullah Ridzuan, bagi memastikan kelancaran program kali ke-9 ini, tugasan yang dipertanggungjawab ke atas Pengerusi Pelaksana Hari Keluarga ke-9 iaitu Abdullah Mas’od perlu menyusun pelbagai aktiviti juga acara ke arah membina kesatuan hati serta keakraban dengan bertaaruf dan bertafahum sesama keluarga.
Selanjutnya Ahmad Kidzbullah juga menasihatkan dengan tidak bersama hadirnya Penasihat keluarga WEFF iaitu Mastor Abd Fatah, anak yang bongsu pada ketika itu yang uzur, aktiviti sukaneka dan acara-acara yang lain mampu mewujudkan ramah mesra antara semua keluarga secara tidak langsung, serta ia menjadikan lebih memahami susur galur keturunan keluarga juga saling hormat menghormati.
Pengerusi Program juga menyatakan, silaturahim yang sedia terjalin erat asbab hari keluarga itu, memberi kesan yang mendalam kepada semua keluarga agar dapat terus mengenali antara satu sama lain antara sama ada cucu, cicit, piut dan saterusnya.
Menurutnya juga, daripada kesan amalan program kekeluargaan ini, memberi peluang kepada generasi muda dalam keluarga mengenang jerih susah payah dan pengorbanan oleh datuk nenek serta ayah ibu sehingga kini.
Sesungguhnya saat seperti ini adalah amat-amat berharga di mana semua satu keluarga besar boleh berkumpul dalam satu majlis keluarga untuk beramah mesra, bergembira antara satu sama lain, katanya.
Selain acara sukaneka, program hari keluarga itu dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat kepada semua moyang, datuk dan nenek setiap susur galur keluarga.
Pelbagai inisiatif bagi menyokong dan mengukuhkan institusi keluarga WEFF ini serta mewujudkan persekitaran yang menyokong perkembangan institusi keluarga telah diusahakan dari semasa ke semasa.
Antaranya, mengadakan program kebajikan seperti Curahan Kasih dengan mengambil peduli keluarga yang dalam ujian serta musibah dalam pelbagai perkara, selain itu program penghargaan dengan memberi sumbangan insentif one-off sebagai pembakar semangat kepada anak-anak waris yang cemerlang dalam peperiksaan awam.
Kembara Ziarah Keluarga juga diperkenal sebagai program ukhuwah sesama keluarga yang mengembara amnya di luar negara mahupun di dalam negara.
Di samping itu juga pada tahun 2024 ini terdapat cabaran kepada waris generasi muda yang telah berjaya menakluki puncak Gunung Kinabalu dengan kejayaan mengibarkan bendera keluarga WEFF di gunung tertinggi di Asia Tenggara itu. - KitaReporters
Bergambar beramai-ramai sebagai kenangan.