Kempen kesedaran penyakit, penjagaan jantung! Usaha Hospital Gleneagles Pulau Pinang dekati komuniti!
Published bySeorang petugas kesihatan Hospital Gleneagles Pulau Pinang memberi khidmat nasihat dan pemeriksaan tekanan darah kepada pengunjung.
HOSPITAL Gleneagles Pulau Pinang menganjurkan kempen “Hari Kesedaran Jantung” di Gurney Paragon, Pulau Pinang baru-baru ini sempena dengan Hari Jantung Sedunia 2023 (pada 29 September setiap tahun).
Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai kepada penyakit jantung dan dapat mengambil ilmu daripada kempen itu untuk mengelak daripada mendapat komplikasi jantung. Penyakit jantung penyebab utama kematian di seluruh dunia.
Dengan tema tahun ini, "Use Heart, Know Heart", Hospital Gleneagles Pulau Pulau Pinang mengambil pendekatan proaktif untuk memastikan masyarakat memantau kesihatan dan memahami risiko penyakit jantung.
Petugas Hospital Gleneagles Pulau Pinang memberi tunjuk ajar bagaimana memberi rawatan kecemasan menggunakan kaedah CPR yang betul.
Pengurus Pemasaran Kanan, Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Ai Leen Foo, berkata pihaknya komited untuk kesejahteraan masyarakat dan salah satu usaha untuk meningkat kesedaran kesihatan adalah melalui kempen kesihatan jantung.
"Masyarakat perlu diberikan pendedahan awal penyakit jantung serta langkah pencegahan dan kami percaya bahawa dengan inisiatif ini, masyarakat akan lebih prihatin mengenai kesihatan kardiovaskular dan membantu mengurangkan kes-kes penyakit jantung," katanya.
Beliau berkata, Hospital Gleneagles Pulau Pinang sentiasa bersedia membantu pesakit secara menyeluruh dari segi penilaian, diagnosis, dan rawatan yang berkaitan dengan masalah kardiovaskular.
"Hospital ini juga menyediakan perkhidmatan “Bersedia untuk Anda” 24 jam jika berlaku kecemasan dengan pasukan lengkap dengan teknologi terkini dan berdisiplin," katanya.Sesi forum yang membincangkan mengenai penyakit jantung dalam kalangan wanita dan kaedah yang boleh dilakukan orang ramai untuk mencegah penyakit itu.
Sementara itu, Ahli Perunding Kardiologi Hospital Gleneagle Pulau Pinang, Dr Ng Jit Beng berkata hospital itu komited menyokong gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat dan kesedaran kesihatan jantung ini perlu diperluas agar setiap individu dapat menjaga kesihatan mereka.
"Kepentingan langkah-langkah pencegahan seperti pengambilan makanan yang seimbang, meninggalkan tabiat buruk contohnya merokok serta melakukan aktiviti fizikal dapat mencegah penyakit jantung," katanya. Beliau turut berkongsi perspektifnya mengenai risiko penyakit jantung kepada wanita dan perlunya pemeriksaan jantung dilakukan pada peringkat awal.Pengunjung menerima nasihat kesihatan percuma untuk mendapatkan BMI yang sempurna sempena Kempen Hari Kesedaran Jantung.
Sempena kempen itu, beberapa aktiviti diadakah termasuk pemeriksaan kesihatan percuma seperti BMI, tekanan darah, paras gula dan kolestrol dalam darah. Selain itu, pengunjung boleh menggunakan mesin khas untuk merakam bacaan ECG jantung bagi mengesan penyakit itu pada peringkat awal.
Kios CPR pula membolehkan orang ramai melakukan latihan CPR bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran pertolongan cemas dan menyelamatkan nyawa Dalam sesi perbincangan, ahli panel yang terdiri daripada pakar jantung memberi maklumat risiko penyakit jantung kepada wanita berbanding lelaki, apa yang menyebabkan penyakit kardiovaskular dan kesan jika mempunyai kolestrol yang tinggi. “Kami berharap melalui kempen itu, orang ramai dapat mengubah gaya hidup, memahami gejala penyakit jantung dan mencapai kesihatan kardiovaskular yang baik. "Dengan mengubah dan mengamalkan gaya hidup lebih baik, ia dapat mengawal banyak perkara yang boleh mempengaruhi kesihatan jantung,” kata Dr Jit Beng. - KitaReporters