Video| Gara-gara curi cili, pencuri dipaksa makan cili padi sebelanga! Motosikalnya pula dibakar!
Published byKejadian orang ramai melakukan hukuman sendiri terhadap pesalah sering terjadi di seluruh dunia. Sehingga akhirnya bukan hanya si pesalah yang akan didakwa, malah turut melibatkan orang ramai yang menjadi hakim sendiri itu.
Satu kejadian terbaharu terjadi di Dusun Nglarangan, Desa Kata'an, Kecamatan Ngadirejo, Temanggung, Jawa Tengah pada petang Jumaat, 19 Julai 2024.
Kerana harga yang semakin mahal, seorang lelaki yang dikenali sebagai H, 55, mencuri sekarung cabai rawit (cabai burung atau cili padi) dengan berat kira-kira 30 kilogram dengan harga kira-kira Rp2.700.000 (RM777) milik Nuryanto, 38, dengan sebuah motosikal miliknya.
Pencurian itu dapat dikesan oleh Nuryanto melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya. CCTV itu juga dapat mengesan nombor plat pelaku dan ia dikenali mangsa.
Lalu Nuryanto membawa beberapa rakannya bagi mengesan di mana H berada. Setelah berjaya dikesan H dibawa ke rumah Nuryanto untuk diberi hukuman.
Setelah selesai melakukan penganiayaan terhadap N barulah dia dibawa ke balai polis.
N dipaksa memakan sebelanga cili padi
Nuryanto dan rakan-rakan bangga dapat menyerahkan N ke balai polis. Namun Nuryanto dan rakan-rakan turut ditahan kerana melakukan jenayah penganiayaan terhadap N dan motosikalnya.
Jika N akan didakwa di mahkamah, begitu juga Nuryanto dan rakan-rakannya.
Pihak polis menasihatkan orang awam agar tidak menjatuhkan hukuman sendiri kepada pesalah kerana ia boleh menyalahi undang-undang.
Bangkai motosikal yang hangus terbakar serta belanga cili dirampas sebagai bahan bukti.
Pencuri cabai ketika berada di balai polis