Video| Janda cari suami setia! Tak kisah duda atau penganggur! Mahar cuma RM3! Mahu beri RM10k lagi!
Published byJodoh adalah ketentuan Tuhan. Kebanyakan pasangan berkahwin hanya mahu berpisah kerana ajal. Namun ramai yang terpaksa bercerai atas sebab-sebab tertentu.
Dia kecewa dengan sikap suaminya yang memberi alasan untuk berkahwin lain kerana dia tidak pandai berhias diri.
Sedangkan bekas tenaga kerja di Taiwan ini membelikan si suami sebuah kereta hasil kerja di negara itu. Dia diceraikan tiga tahun lalu.
Kini dalam usia semakin meningkat, Irna bercadang untuk berkahwin lagi dalam tahun ini (2024).
Justeru, Imas melamar lelaki yang berminat menjadi suaminya melalui laman sosial iaitu Tiktok @imasratnasarie sejak 10 Jun 2024.
Imas tidak kisah lelaki itu duda. Malah sedia menerima lelaki yang masih bujang.
Bagi mahar atau mas kahwin, Imas cuma meminta Rp10 ribu (RM3) sahaja. Malahan Imas akan memberi hadiah wang tunai Rp30 juta (RM10 ribu) kepada bakal suami.
Imas juga sudah memiliki rumah, jadi bakal suami tidak perlu bersusah payah dalam soal itu.
Imas yang pernah hidup susah sekembali dari Taiwan dan ketika bersama suami pertamanya mengorak langkah untuk memperbaiki ekonomi diri dengan berniaga di sebuah pasar. Kini pendapatan bulanannya mencapai Rp15 juta (kita-kira RM4,500) sebulan.
Dia tidak memberi tarikh akhir menutup lamarannya dan sudah terdapat sejumlah lelaki yang mencuba nasib. Namun ada sejumlah netizen sangsi akan lamaran itu dan cuma menganggap ia sekadar untuk menarik jumlah tontonan Tiktoknya.
Tetapi Imas menegaskan lamarannya itu benar dan akan melakukan interbiu kepada bakal calon. Imas berharap akan menerima ramai lelaki yang berminat dengan tawaran itu.
Video lamaran Imas telah ditonton lebih 3.4 juta kali. Dia turut memaparkan wajah suami pertamanya.