Penghuni Pusat Jagaan Nur Hasanah di Baranang Selangor


Allah memberi hidayah kepada manusia dalam perlbagai bentuk dan cara.  Mungkin seseorang itu pada waktu mudanya,  dia terlalu jahil dan menjalani kehidupan penuh dosa dan noda. Namun bila sudah berusia Allah berikan dia hidayah menjadi manusia yang lebih baik dan beriman. 

Sebab itu kita tidak seharusnya menghina seseorang yang dilihat jahil tetapi sebaliknya kita digalakkan untuk memohon Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka. 

Benarlah hidayah Allah itu tidak memilih bangsa, kaum, rupa paras atau warna kulit mahupun agama yang mereka anuti. 

Seorang penghuni di Pusat Jagaan Nur Hasanah di Beranang, Selangor punya cerita menarik untuk kita kongsi bersama bagaimana beliau memeluk Islam di pusat berkenaan dan menjalani hidup sebagai seorang mualaf yang taat pada Islam pada usia lebih 60 tahun. Beliau berubah sepenuhnya dan diberi peluang untuk menjadi seorang Muslim yang baik.


Muhammad Adam Wong


Adam Wong menerima cenderahati dari pelawat yang datang ke Pusat Jagaan itu


Wong Hooi Keat atau nama Islamnya, Muhammad Adam Wong Abdullah, 66 tahun, berasal dari Pulau Pinang, tetapi menetap di Kuala Lumpur. Beliau telah tinggal di Pusat Jagaan berkenaan sejak 2016. 

Adam Wong yang masih bujang memberitahu, hidup masa mudanya terdedah dengan banyak aktiviti kurang sihat . Bergiat dalam kongsi gelap, dadah dan pelbagai lagi. Beliau pernah bekerja sebagai tukang masak. 

Bila dah tua, beliau sakit asma dan Hepatatis C. Beliau telah dibuang oleh adik beradiknya kerana beliau selalu bergiat dalam aktiviti negatif dan mereka sudah tidak tahan lagi dengan perangainya. 

Ketika dimasukkan ke hospital tidak ada waris yang mahu mengambil beliau. Justru  pihak bahagian Kerja Sosial Perubatan, Hospital Kajang telah merujuk beliau ke Pusat Jagaan Nur Hasanah di Beranang Selangor. 


Adam Wong rajin membantu mengemas Pusat Jagaan ini


Di Pusat Jagaan Nur Hasanah ini, Adam Wong mendapat hidayah dan memeluk agama Islam pada usia 60 tahun. Kehidupan beliau berubah menjadi seorang Muslim yang baik di mana beliau menjadi orang yang paling ceria di pusat penjagaan ini. 

Sifat rajinnya terserlah, apabila beliau banyak membantu kakitangan di situ dengan kerja kerja harian, Ada kalanya memberi makan penghuni yang lain. 

Beliau tidak pernah tinggal solat, malah menjadi orang yang menguruskan surau untuk penghuni-penghuni berkerusi roda bersolat. Adam juga sangat rajin membersihkan surau di tempat ini. 

Sifat peramah Adam Wong menyambut tetamu yang datang kep Pusat Jagaan Nur Hasanah ini sangat dipuji.  


Adam Wong baju hijau paling depan ceria pada majlis hari raya 


Sementara itu, seorang lagi penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan Nur Hasanah ini, telah diabaikan oleh anak-anaknya. 

Noordin Saad, 76 tahun, tinggal di rumah flat di Sentul, Kuala Lumpur sudah tidak begitu baik ingatannya. Beliau dirujuk oleh pihak hospital ke Pusat Jagaan Nur Hasanah selepas terbabit dengan kemalangan. Bila tidak ada waris yang menuntut pihak hospital menghantarnya ke Pusat Jagaan ini. 

Daripada laporan yang diterima oleh Pusat Jagaan Nur Hasanah, yang diceritakan oleh jirannya, anak Noordin telah mengabaikan beliau dengan meninggalkannya di luar rumah. 

Dengan keadaan yang kurang baik ingatannya itu, beliau mungkin merayau sehingga terlibat dengan kemalangan dan dihantar ke hospital oleh orang awam.  


Noordin Saad


Sewaktu mengalami kemalangan, beliau tidak membawa kad pengenalan dan tidak banyak maklumat yang dapat diperolehi daripada beliau kerana cap jari beliau juga tidak dapat dibaca oleh Jabatan Pendaftaran Negara.  

Noordin yang walaupun tidak begitu baik ingatannya namun apabila tinggal di rumah Pusat Jagaan Nur Hasanah ini, beliau nampak ceria dan boleh berinteraksi dengan ramai penghuni lain. 

Sementara itu, menurut Pengurus Pusat Jagaan Nur Hasanah, Kairul Anuar Ahmad, di Nur Hassanah semua penghuninya adalah lelaki dan terdapat lebih kurang 20 orang penghuni disana. Aktiviti penghuni lebih banyak kepada aktiviti santai, makan, solat dan ada pengisian agama untuk penghuni. 

Kebanyakan penghuni dirujuk oleh pihak hospital ke tempat itu. Di pusat ini, penghuni juga dihantar ke hospital apabila mereka ada temu janji di hospital. - KitaReporters


Penghuni berinteraksi sesama mereka

11
15
0
12
0

Copy Link: