Video| Romantiknya PM! Kami masih tetap bercinta! Gi dating di restoran McD! Makan berdua-duaan!
Published by"KAMI masih tetap bercinta. Kami bercinta sejak di bangku sekolah. Saya di tingkatan 6 atas dan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin pula tingkatan 6 bawah. Kami selalu dating di restoran makanan segera. A&W dan KFC, dan jika ada duit lebih saya akan belanja dia di Colliseum Cafe."
Demikian kata-kata Perdana Menteri (PM) , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam akaun TikTiknya, @Ismailsabrirasmi.
Pada 16 September 2022 lalu, dalam perjalanan balik daripada menghadiri majlis sambutan Hari Malaysia 2022 di Melaka, pasangan sejoli itu sempat singgah untuk dating, berdua-duan di sebuah restoran McD di Air Keroh sambil mengembalikan kenangan nostalgia zaman mereka bercinta.Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri yang lengkap berpakaian Melayu mengejutkan ramai pengunjung dan netizen itu kemudian menviralkan pasangan romantis seperti gelagat anak-anak muda menikmati hidangan dengan dilayani Muhaini.
Video mereka diiringi muzik Gemuruh, nyanyian Faizal Tahir; Permata Untuk Isteri oleh Kopratasa; dan Tiba-Tiba Cinta Datang.
"Walaupun kini kami sudah jadi atok dan nenek. Kami masih tetap bercinta dan semalam teringat waktu muda dulu. Kami singgahlah di sini." katanya yang kemudian dikerumuni rakyat jelata berbilang bangsa yang mula perasan PM singgah di situ dan sedang beratur memesan makanan.
Suasana restoran menjadi kecoh seketika apabila pengunjung yang beratur memilih untuk bergambar dengan PM sebagai kenang-kenangan.
"Sumpah terkejut. Aku nak makan kat McD Ayer Keroh. Sekali terjumpa Mail. Perdana Menteri." kata @kurusgedempol dalam akaun TikToknya dengan kata-kata "dahlah, sempoi. Kagum aku."
@Karpetterbang55 dalam videonya yang agak terkejut kerana seakan tidak percaya bila dia berkata,"Tengok dari jauh macam kenal. Tapi betul. PM nombor 1. Datin Sri Infinity dengan emoji terkejut dan ada bintang!"
Mentua kepada pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie yang berkahwin dengan anak sulung PM, Datin Nina Sabri kelihatan tenang menghabiskan makan malam mereka tanpa gangguan pengunjung yang sangat memahami 'bapa negara' juga mahu candle light dinner dengan isterinya.