Kaum lelaki suka mendera? 57,519 kes wanita jadi mangsa! Kes keganasan rumah tangga membimbangkan!
Published bySEJAUH manakah golongan lelaki memperingati Hari Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita
Antarabangsa atau International Day for the Elimination of Violence against
Women pada 25 November setiap tahun?
Tanggal peristiwa (memperinggati) tersebut pun masih ada yang tidak diketahui atau pun ramai juga yang bersikap acuh tidak acuh. Apatah lagi untuk mereka sama-sama meraikannya. Mungkin ada beranggapan tidak penting atau relevan bagi mereka terutama golongan ‘Adam’.
Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan keganasan rumah tangga
Sejak tahun 1999,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
telah menetapkan tarikh 25 November
sebagai Hari Antarabangsa Bagi Penghapusan
Keganasan Terhadap Wanita.
Pada tahun 1993, perhimpunan agung PBB telah menjelaskan Deklarasi Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita ditakrifkan sebagai “sebarang tindakan keganasan berdasarkan jantina boleh menyebabkan atau punca kecederaan fizikal, seksual atau psikologikal atau kesengsaraan kepada wanita, termasuk tindakan ugutan, paksaan atau kurang kebebasan, samada berlaku di tempat awam atau dalam kehidupan peribadi.
Sebanyak 279 kes keganasan rumah tangga membabitkan warga emas telah dilaporkan pada 2015.
Berdasarkan statistik Polis
Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 57,519
kes keganasan terhadap wanita dilaporkan sejak 2010 hingga Mac 2017.
Lebih amat membimbangkan lagi, didapati sebanyak 23,212 kes atau 40 peratus daripadanya
adalah kes keganasan rumah tangga
yang melibatkan wanita sebagai mangsa.
Data daripada Jabatan
Statistik Malaysia (DOSM) pula menunjukkan bahawa kes keganasan rumah
tangga mencatatkan sebanyak 69,978 kes
dari tahun 2010 sehingga Mei 2018.
Pada tahun 2021, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat telah merekodkan sejumlah 7,468 kes keganasan rumah
tangga, berbanding 5,260 pada 2020
dan menunjukkan peningkatan sebanyak 2,208
kes.
Sebanyak 3,028
panggilan membabitkan kes keganasan
rumah tangga diterima melalui Talian
Kasih 15999 bagi tempoh Januari
hingga Disember 2021.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Mac 2021,pula menganggarkan terdapat
kira-kira 1 daripada 3 ( atau 30 peratus) wanita di seluruh dunia telah
mengalami keganasan seksual rumah tangga atau bukan pasangan suami isteri
sepanjang hayat mereka.
Masyarakat perlu peka, ambil cakna dan memberi sokongan kepada mangsa kerana ia dapat menyelamatkan nyawa dan kehidupan wanita serta anak-anak mangsa tersebut.
Kaum wanita sepatutnya mengambil tahu dan bertanggungjawab demi menjaga keselamatan diri dalam menangani isu keganasan terhadap diri mereka.
Justeru, Keluarga Malaysia perlu bersama-sama membantu membanteras kezaliman ini dengan bertindak tampil dan melaporkan kepada pihak berkuasa sebagai langkah bagi mengekang kejadian berkenaan terus berlaku. - KitaReporters
Gambar hiasan... Sikap panas baran dan gangguan emosi antara punca berlakunya kes keganasan rumah tangga melibatkan golongan wanita.
Sumber:
https://wanita.ikram.org.my/2020/11/25/kenyataan-media-sempena-hari-antarabangsa-bagi-penghapusan-keganasan-terhadap/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/932235/kes-keganasan-rumah-tangga-naik-42-peratus-tahun-lalu